makan

Wanita Ini Kongsi Resepi Susu Pekat Manis Homemade Guna 3 Bahan Je. 3 Minit Pun Dah Siap!

Jom hasilkan susu pekat manis sendiri di rumah. Lagi sihat dan mudah tau!

Cover image via

Susu pekat manis sememangnya antara bahan asas yang penting dan selalu digunakan di dapur.

Manakan tidak, susu pekat manis sangat berguna untuk menghasilkan minuman bersusu, kuih muih, kek dan banyak lagi.

Image via tengkubutang
Image via saljukuih

Tetapi susu pekat manis juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. Manakala jika disediakan di rumah, anda boleh menggunakan gula mengikut cita rasa anda sendiri. Malah anda juga boleh menggunakan pilihan gula lebih sihat seperti gula perang, gula rendah kalori dan sebagainya.

Untuk resepi susu pekat manis homemade, ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Zan Zafirah Zainal ini yang begitu mudah sekali kerana anda hanya memerlukan 3 bahan sahaja!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 cawan gula
  • 2/3 cawan air panas

Jom ikuti cara-cara membuatnya pula:

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar.
  2. Kisarkan bahan-bahan selama 3 minit. Pastikan untuk berhenti setiap 1minit untuk merehatkan pengisar.
  3. Apabila susu sudah menjadi pekat dan creamy, simpankan di dalam peti sejuk.

Apabila susu pekat manis sudah siap, inilah hasilnya. Mudah, murah dan lebih sihat untuk keluarga anda!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out resepi-resepi best yang anda boleh hasilkan dengan susu pekat manis:

You may be interested in: