makan

Restoran Di KL Ini Hidangkan Seafood 'Fresh' Dengan Pelbagai Sos Lazat. Confirm Puas Hati!

Jom melawat Ombak Kitchen di Bangsar dan Bukit Jelutong untuk hidangan seafood yang lazat!

Cover image via @ombakkitchen & @rehanayasmin

Siapa sahaja yang tidak menggemari seafood bukan? Lebih-lebih lagi jika segar, lazat dan berharga berpatutan.

Image via giphy.com

Ombak Kitchen yang mempunyai cawangan di Bangsar dan Bukit Jelutong ini wajib menjadi destinasi anda untuk hidangan makanan laut yang berbaloi dan sesuai dengan cita rasa anda.

Di restoran ini, anda digalakkan untuk menikmati hidangan mereka menggunakan tangan. Seperti tagline mereka iaitu, "Pakai tangan jer!". Memang best!

Ombak Kitchen menawarkan pelbagai pilihan makanan laut yang dihidangkan gaya 'shell-out'. Sesuai untuk dikongsi berama-ramai!

Sama ada peminat hidangan pedas atau tidak, Ombak Kitchen mempunyai pelbagai pilihan untuk yang sesuai dengan cita rasa anda. Antara perisa yang anda wajib cuba ialah Creamy Zesty Lemon, Crazy Cajun, Creamy Tom Yam, Buttermilk dan Spicy Chocolate Sauce.

Antara kegemaran kami ialah Crazy Cajun kerana sos ini mempunyai rasa pedas dan rempah ratus yang sangat menyelerakan.

Di Ombak Kitchen, anda boleh menikmati pelbagai pilihan makanan laut premium seperti Alaskan King Crab, Canadian lobster, dan oysters

Untuk setiap set shell-out, anda perlu memilih antara kombo yang mempunyai ketam, crayfish, ataupun lobster. Harga kombo bermula dari RM159 untuk 2 hingga 2 orang. Setiap kombo akan dihidangkan bersama lala, kupang, sotong dan sayur-sayuran seperti jagung, brokoli dan nasi. 

Anda juga boleh menambahkan makanan laut ke dalam kombo anda seperti snow crab, rock lobster. Terdapat juga hidangan seperti garlic bread, ayam goreng dan nachos!

Jom serbu Ombak Kitchen! Dapatkan info penuh di sini:

Cawangan Bangsar

Alamat: 12, Lorong Ara Kiri 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari - 10.30 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +6010-216 5946

Cawangan Bukit Jelutong

Alamat: 5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
5.00 petang - 11.30 malam (Isnin hingga Jumaat)
12.00 tengah hari - 12.00 malam (Sabtu dan Ahad)

No. Telefon: +6010-220 5946

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi tempat makanan menarik di sini:

You may be interested in: