makan

Jom Cuba Resepi Mudah 'Honey Butter Biscuit' Ala Texas Chicken Ini. Guna 'Air Fryer' Je!

Mudah saja untuk membuatnya. Buat yang tiada air fryer, boleh menggunakan oven.

Cover image via Facebook Mellssa Mullen

Kalau singgah rangkaian restoran makanan segera Texas Chicken, tak sah kalau tak order Honey Butter Biscuit. Betul tak?

Ada orang memanggilnya biscuit, ada juga yang memanggilnya muffin, tapi yang pasti ianya boleh dikatakan signature dish bagi restoran Texas Chicken.

Baru bercakap pasal honey butter biscuit ini terus boleh terbayangkan kelembutan dan keenakannya lebih-lebih lagi bila dimakan sewaktu masih panas.

Kalau nak beli, harganya dalam lebih kurang RM2 seketul. Tapi sebenarnya kalau nak buat sendiri pun boleh. Jimat pun jimat!

Seorang pengguna Facebook, Melissa Mullen, telah berkongsikan cara-cara membuat honey butter biscuit menerusi dalam laman page Resepi Air Fryer Malaysia

Bila sudah dikongsikan di laman itu maka kita tahulah resepi honey butter biscuit ini akan dimasak menggunakan air fryer.

Selain itu, cara membuatnya sangat senang dan bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk dicari. Sesuai bukan sahaja untuk para ibu yang ingin membuatnya untuk anak-anak tapi juga pada yang bujang yang ingin makan sendiri-sendiri. Hehe.

So, apa lagi? Jom baca perkongsian penuh di bawah:

Bahan-bahan yang diperlukan:

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Facebook Ain Najwa Rosli

  • 2 1/2 cawan tepung gandum.
  • 4 sudu kecil baking powder.
  • 2 sudu besar gula pasir (suka manis, lebihkan gula).
  • 115gram butter sejuk.
  • 140ml susu segar.
  • 2 sudu kecil cuka.
  • 50gram madu (untuk sapu pada adunan).
  • 50gram butter (untuk sapu pada adunan).

Cara membuatnya:

  • Gaul tepung gandum, baking powder, gula dan butter sehingga menjadi seperti bread crumbs.
  • Masukkan 140ml susu segar dan 2 sudu kecil cuka ke dalam adunan.

  • Scoop menggunakan sudu dan masukkan ke dalam loyang (scoop saja tidak perlu bentuk) dan masukkan kedalam air fryer (boleh guna oven juga).
  • Pilih suhu 180 selama 15 minit
  • Sesudah masak, topping atas disapukan dengan butter & honey ketika masih panas, ya.

Selesai. Mudah, bukan? Jom kita try sendiri!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out resepi-resepi menarik di Seismik Makan!

You may be interested in: