makan

Resepi Sos Black Pepper 7 Bahan Yang Cukup Kaw Dan Likat. Gunakan Sos Prego Je!

Apa yang paling penting? Guna 7 bahan je. Campak-campak dah siap.

Cover image via Afy AL Habibi (Facebook)

Selalu makan western food dengan sos black pepper kan? Apa kata kita buat sos black pepper sendiri? Guna 7 bahan je, confirm jadi punya! Simple, sedap pulak tu. Boleh dihidangkan dengan pelbagai makanan.

Selalunya sos black pepper ni dihidangkan dengan chicken chop, lamb chop, spageti tapi tahukah anda? Anda juga boleh menggunakan resepi ini untuk masakan daging dan ayam juga.

Penggunaan sos Prego dalam resepi ini menjadikan sos black peper ini unik kerana kuahnya yang cukup likat dan creamy

Kepada peminat sos black pepper, tunggu apa lagi? Jom try buat sos kegemaran anda sendiri?

Antara bahan yang diperlukan:

  • 3/4 sudu besar planta
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 tin sos spageti keju
  • 1 sudu besar serbuk cheese (mengikut cita rasa masing-masing)
  • 1/2 sudip kicap lemak manis (jangan guna kicap masin)
  •  3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar
  •  3/4 sudu kecil gula

Cara penyediaan:

1. Dalam satu kuali, panaskan 3/4 sudu besar planta menggunakan api kecil.
2. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah dicincang halus. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan 1 tin sos spageti keju dan tambahkan 1 tin air suam.

4. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese.
5. Tambahkan 1/2 sudip kicap lemak manis (boleh tambah ikut cita rasa warna masing-masing).


6. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar dan masukkan gula secukup rasa (masukkan sedikit demi sedikit) dan kacau sehingga sebati. Tutup api. 

Ta-daaaa, siap dah sos black pepper yang sedap. Confirm jadi!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Check out resepi-resepi sos lain yang sedap ni:

You may be interested in: