makan

Lebih 9K 'Shares', Ini Resepi Mee Celup Ala Thailand Yang Mudah & Enak. Menitik Air Mata!

Must try.

Cover image via Iza Abu Bakar (Facebook)

Makanan Thailand semestinya sudah menjadi kegemaran orang Malaysia

Image via klikdokter

Seperti mana yang anda tahu, makanan Thailand bukan saja sedap, aromanya yang menusuk ke hidung memang fresh. Betul-betul membuka selera!

Terdapat pelbagai jenis makanan Thailand yang sedap-sedap. Antaranya mee celup ala Thailand. Sekali makan pasti nak lagi! Nak cuba masak? Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar menerusi laman Facebooknya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan tumis:

  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Akar ketumbar secukupnya (ditumbuk)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (dihiris)

Bahan lain:

  • Ayam
  • Gula melaka
  • 1/2 cawan kicap manis
  • Sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak
  • Air

Inti:

  • Mee kuning (dicelur)
  • Taugeh (dicelur)
  • Kangkung atau sawi (dicelur)
  • Kacang tanah (disangrai dan ditumbuk)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • Chili flakes
  • Limau nipis

Cara penyediaan:

1. Tumbuk bahan tumisan sehingga halus. 
2. Untuk penyediaan kuah, panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan tumisan dan tumiskan sehingga naik bau. 
3. Masukkan ayam dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan air. Renehkan sehingga mendidih. 
4. Setelah itu, masukkan air, sos ikan, kicap manis dan gula melaka. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan ia sehingga mendidih.
5. Keluarkan isi ayam yang telah masak. Carik halus-halus dan hidangkan.
6. Untuk mee pula, celurkan sehingga masak sepenuhnya. 
7. Celurkan juga sayur-sayuran seperti taugeh dan kangkung atau sawi. Kemudian, hidangkan. 
8. Hidangkan bahan hiasan seperti limau, chilli flakes, kacang tanah dan daun ketumbar. 

Cara hidang senang sahaja, mula-mula letakkan mee yang telah dicelur dalam mangkuk. Kemudian, letakkan isi ayam dan sayur-sayuran. Siramkan dengan kuah yang masih panas. Selepas itu, taburkan chilli flakes dan kacang tanah di atasnya. Akhir sekali, perahkan limau nipis sebagai penyedap rasa. 

Siap dah mee celup ala Thai. Selamat menjamu selera!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Ingin resepi yang menarik dan sedap?

Nak senangkan kerja memasak? Jom dapatkan gajet dapur ini:

Dapatkan tips-tips dapur di sini:

You may be interested in: