makan

Jom Cuba Resepi Lemang Guna 'Air Fryer' Ini. Senang, Cepat & Rasa Sama Macam Lemang Bakar!

Yang ada air fryer itu, boleh try sendiri.

Cover image via Facebook Mang Tuppy Fan Kuching

Penggunaan air fryer semakin hari semakin popular di Malaysia

Rata-rata rakyat kita kini memiliki peralatan itu untuk digunakan sebagai alat memasak selain menggunakan alatan dapur sedia ada.

Menariknya kelebihan air fryer ialah anda boleh memasak apa jua makanan tanpa menggunakan minyak sekali gus menjadikan makanan itu lebih sihat untuk dimakan.

Image via Google

Kita biasa lihat orang menggunakan air fryer untuk memasak makanan ringan seperti nugget, fries, chicken wings atau drumettes. Ada juga yang menggunakan peralatan itu untuk membuat kuih dan kek.

Tapi tahu tak sebenarnya ada lagi resepi yang boleh dimasak menggunakan air fryer seperti lemang.

Menerusi laman Facebook, pengguna Mang Tuppy Fan Kuching telah berkongsikan resepi membuat lemang menggunakan air fryer.

Paling best, ianya sangat senang dan cepat untuk dibuat!

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Google

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg beras pulut
  • 1 kotak santan 200ml
  • 1 sudu teh garam
  • Beberapa tin minuman
  • Daun pisang

Cara-cara membuatnya adalah seperti di bawah:

  1. Basuh beras pulut bersih dan rendam dalam 1 jam.
  2. Kemudian basuh dan rendam dengan air santan dan garam dalam 30 minit.
  3. Daun pisang simpan dalam tin (apa-apa tin buangkan atas bahagian buka).
  4. Isikan beras dalam tin dan letak sikit air sampai paras beras.
  5. Panaskan Air Fryer dalam 5 minit 180०C.
  6. Masukkan dalam AF beras pulut yg dah siap dimasukkan dalam tin.
  7. Guna suhu 180०C untuk 30 minit.
  8. Dah siap jangan keluarkan dulu, biar dalam 30 minit dalam air fryer tersebut.
  9. Kemudian bolehlah hidangkan lemang tersebut.

Mudah, bukan? Yang ada air fryer itu, jom kita try sendiri!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Resepi Honey Butter Biscuit ini pun pakai air fryer!

Jom check out resepi-resepi menarik di Seismik Makan!

You may be interested in: