makan

Resepi Cornflakes Madu Rangup Ini Bukan Sahaja Enak Malah Amat Mudah Untuk Dibuat

Hasilkan kuih raya kegemaran ramai dengan hanya menggunakan 4 bahan sahaja.

Cover image via Ainor Gold/Facebook

Tidak perlu tunggu sehingga raya pun untuk menikmati cornflakes madu yang enak ini!

Cornflakes madu ini cukup sinonim dengan perayaan Aidilfitri dan sememangnya menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja kanak-kanak malah dewasa juga banyak menyukainya. Tetapi, apa salahnya kalau kita buat untuk kudapan hari-harian kan?

Cara untuk membuatnya mudah sekali. Anda hanya memerlukan 4 bahan sahaja untuk menghasilkan cornflakes madu ini. Selain itu, kuih ini juga amat sesuai dibuat bersama anak-anak di dapur. Pasti mereka suka! Jom lihat resepinya?

Untuk resepi conrflakes madu yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Ainor Gold!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 350g cornflakes
  • 1/4 cawan madu
  • 1/2 cawan gula perang
  • 250g mentega

Mari lihat cara untuk membuatnya:

1. Pertama sekali, cairkan butter di dalam kuali. 

2. Kemudian, masukkan gula perang ke dalam kuali dan masak sehingga cair.

3. Selepas itu, masukkan madu dan sambung memasaknya sehingga mendidih.

4. Seterusnya, tutupkan api dan masukkan cornflakes ke dalam.

5. Gaulkan sehingga sebati.

6. Setelah itu, masukkan cornflakes yang telah disalut madu kedalam acuan untuk dibakar.

7. Bakar cornflakes selama 5-10 minit pada suhu 160°c -170°c bergantung kepada kepanasan oven anda.

Apabila cornflakes madu anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan pada keluarga tersayang dan confirm mereka akan suka!

Sumber resepi: Ainor Gold.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom lihat resepi-resepi sedap yang lain:

You may be interested in: