makan

Lebih 7K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Bingka Ubi Kayu Yang Mudah. Confirm jadi!

Jom try buat kuih bingka ubi kayu sendiri. Hanya menggunakan 5 bahan sahaja, simple je!

Cover image via Zatiyy Zam (Facebook)

Craving kuih bingka ubi kayu? Jom buat sendiri, hanya menggunakan 5 bahan je!

Kuih bingka ubi kayu merupakan kuih tradisional Melayu, tetapi kuih ini bukan sahaja dimakan oleh kaum Melayu tetapi juga dimakan oleh semua kaum di Malaysia. Kuih ini juga dikenali sebagai bengkang ubi kayu di negeri pantai timur. Kuih ini padat dengan rasa ubi kayu, rasa lemak, kenyal, enak dan lazat, memang padu! 

Kalau tiba-tiba teringin nak makan kuih bingka ubi kayu, mana nak dapat? Takkan nak tunggu pasar malam mingguan? Apa kata kita cuba buat sendiri, 5 bahan simple je! Confirm jadi!

Antara bahan yang diperlukan:

  • 4 cawan ubi kayu (siap diparut).
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan:

1. Masukkan santan, gula, garam ke dalam ubi kayu yang telah siap diparut dan kacau. 
2. Masukkan semua bahan ke dalam loyang.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 200°C.




4. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar selama 1-1 1/2 jam (sehingga permukaan bingka keperangan).
5. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan dalam lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

Ta-daaa, inilah kuihnya bila dah siap!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Peminat kuih? Jom tengok resepi lain:

You may be interested in: