makan

Lebih 4k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Puding Oreo Milo Viral. Guna 5 Bahan Je!

Jom cuba hasilkan Puding Oreo Milo yang simple dan menyegarkan ini. Memang nikmat!

Cover image via Noraslinda Bugal

Apa sahaja desserts yang mempunyai Oreo atau Milo, sedap punyalah!

Image via giphy.com

Manakan tidak, Oreo dan Milo sememangnya antara flavour sedap yang paling digemari ramai, tidak kira muda atau tua. Begitu juga dengan resepi Puding Oreo Milo yang trending baru-baru ini. Memang nikmat kerana pencuci mulut ini mempunyai kombinasi Oreo dan Milo.

Bukan itu sahaja, resepi ini juga sangat ringkas untuk disediakan kerana anda hanya memerlukan 5 bahan sahaja. Jom cuba!

Untuk resepi Puding Oreo Milo viral dan sedap ini, ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Noraslinda Bugal yang telah mendapat sebanyak 4.9k shares!

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
  • 800 ml susu segar
  • 150 gram gula pasir
  • 8 keping biskut Oreo (dibuang krim)
  • 2 sudu besar Milo

Ikuti cara-cara membuatnya pula:

  1. Satukan serbuk agar-agar, susu segar dan gula pasir di dalam periuk. Masak pada api sederhana sehingga mendidih. Kacau sehingga sebati.
  2. Buangkan krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut sehingga agak kasar dan tidak terlalu halus.
  3. Letakkan sedikit air di acuan supaya puding mudah dikeluarkan.
  4. Masukkan biskut Oreo yang dipecahkan ke dalam acuan.
  5. Asingkan 1/4 agar-agar susu untuk dicampurkan dengan serbuk Milo.
  6. Tapis lebihan agar-agar ke dalam acuan.
  7. Dengan menggunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.
  8. Panaskan 1/4 dari agar-agar susu tadi dan masukkan milo. Kacau sehingga sebati.
  9. Tapis dan tuangkan secara perlahan di atas lapisan agar-agar Oreo tadi. Sejukkan.

Apabila Puding Milo Oreo sudah disejukkan, inilah hasilnya. Simple, sedap dan penuh dengan rasa coklat. Anak kecil pasti suka!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi desserts yang sedap di sini:

You may be interested in: