makan

Lebih 4k 'Shares', Lelaki Ini Kongsi Resepi Mi Kari Yang Cukup 'Power' & Ringkas. Sedap!

Jom cuba hasilkan Mi Kari simple dan lazat ini. Confirm terangkat!

Cover image via

Mi kari sememangnya hidangan kegemaran rakyat Malaysia kerana rasanya yang lemak, pedas dan lazat

Mi kari sebenarnya begitu ringkas dan mudah untuk disediakan di rumah. Malah, lebih sedap kerana anda boleh mengubah suai mengikut cita rasa anda. Dijamin puas hati!

Untuk resepi Mi Kari yang kaw, ikuti perkongsian pengguna Facebook Ben Safwan yang telah mendapat sebanyak 4.9k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan kisar

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih kecil
  • 1½ sudu makan udang kering
  • 1 batang serai
Bahan kuah
  • Kulit kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 2/3 sudu besar kari daging
  • ½ sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Daging (direbus)
  • Stok air udang
  • 1 kotak santan pekat
  • 400 - 500 ml air (atau mengikut kepekatan yang anda inginkan)
  • 1/3 keping gula melaka
  • Garam dan gula (secukup rasa)
  • Serbuk perasa

Jom ikuti cara membuatnya pula:

  1. Kisarkan bahan kisar sehingga lumat.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak. 
  3. Tumiskan bahan aromatik seperti kulit kayu manis, daun kari dan buah pelaga sehingga wangi.
  4. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak pada api yang kecil.
  5. Seterusnya, masukkan kari daging, serbuk cili dan cili kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan daging yang telah direbus, stok air udang, santan pekat dan air.
  7. Tambahkan gula melaka.
  8. Biarkan kuah mendidih.
  9. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa anda.
  10. Letakkan tauhu goreng dan biarkan reneh agar tauhu menyerap kuah kari.
  11. Apabila kuah sudah mencapai kepekatan dan rasa yang anda inginkan, tutupkan api. Kuah kari sudah siap!

Mi kari sememangnya tidak sempurna tanpa sambal udang kering. Ikuti resepi di bawah:

Bahan-bahan

  • 4 biji bawang merah (dibakar)
  • 2 ulas bawang putih (dibakar)
  • 1 sudu teh belacan (dibakar)
  • ½ genggam udang kering
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh asam jawa dan dicampur air
  • Garam dan gula
  • 1/3 cawan minyak
Cara
  1. Untuk sambal udang kering pula, bakarkan bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga harum.
  2. Kisarkan bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  3. Dalam kuali, panaskan minyak.
  4. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  5. Masukkan pula cili kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak.
  6. Tambahkan air asam jawa berserta garam dan gula secukup rasa.
  7. Masakkan sehingga pecah minyak dan pekat.


Sediakan pula bahan-bahan tambahan seperti sayur, isi kerang, udang dan banyak lagi!

Bahan-bahan

  • Mi kuning
  • Taugeh
  • Kacang panjang
  • Bebola ikan
  • Isi kerang
  • Udang (dikupas kulit)
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
  • Cili merah
Cara
  1. Celurkan mi kuning, taugeh, kacang panjang, bebola ikan, isi kerang dan udang di dalam air yang mendidih.

  2. Sediakan telur rebus, bawang goreng, limau kasturi dan cili merah dalam bekas untuk dihidang.

Apabila Mi Kari sudah siap, inilah hasilnya. Kuahnya pekat, lemak dan mempunyai rasa rempah ratus yang mantap. Berbunyi perut dibuatnya!

Sumber resepi: Ben Safwan

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi best di sini:

You may be interested in: