makan

Lebih 1K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Puding Jagung Yang Mudah Dan Lazat Sekali

Hasilkan puding jagung dengan mudah menggunakan bahan-bahan asas dapur sahaja.

Cover image via Nabilah Mohd Nawi/Facebook

Nikmatnya kalau dapat makan puding jagung yang sejuk waktu petang kan?

Image via Dapur Malaysia

Kalau tengah bosan dan tidak ada idea nak masak apa, cubalah resepi puding jagung ini. Jika anda buat pada awal hari, petang nanti dah boleh nikmati bersama keluarga. Makan pula semasa masih sejuk, mesti layan punya!

Resepi puding jagung ini amat mudah aje tau. Anda cuma perlukan beberapa bahan asas dapur sahaja untuk menghasilkannya. Jom tengok resepinya di bawah?

Untuk resepi puding jagung yang amat ringkas dan sedap, ikuti perkongsian Nabilah Mohd Nawi di Facebook!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 4 cawan air
  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 tin jagung krim
  • Secubit garam

Mari lihat cara untuk membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan di dalam periuk.

2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.

3. Setelah semua bahan telah sebati, letakkan periuk di atas api yang perlahan.

4. Pastikan anda sentiasa mengacau puding sehingga puding menjadi likat dan pekat..

5. Selepas puding sudah pekat, masukkan puding ke dalam acuan pilihan anda dan sejukkan untuk beberapa jam.

Setelah puding jagung siap dibuat, ini lah hasilnya. Hidangkan sejuk-sejuk, pasti semua akan suka!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom lihat resepi-resepi sedap yang lain:

You may be interested in: