makan

Inilah Cara Hasilkan Nasi Ayam Thai Yang Mudah Dan Lazat. Confirm Tambah Lagi!

Nak lagi...

Cover image via dapur faafeefoo (Youtube)

Biasa makan nasi ayam Thai ni kat luar je kan? Di rumah taktau cara-cara nak masak...

Jom ikuti resepi ini!

Nasi ayam Thai ini cukup mudah untuk dihasilkan. Hanya memerlukan bahan untuk ayam, nasi dan sos sahaja. Tunggu apa lagi? Jom. 

Bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan beras Basmathi 
  • 4 1/2 cawan air rebusan ayam⁣ 
  • 1/2 ekor ayam⁣ 
  • 2 inci halia⁣ 
  • 1 labu bawang putih⁣ 
  • 3 pokok daun ketumbar (asingkan akar)⁣ 
  • 2 liter air⁣ 
  • 2 sudu serbuk ayam⁣ 
  • Garam secukup rasa⁣ 
  • 3 cawan jus limau⁣ 
  • 5 hingga 7 biji cili api⁣ 
  • Gula secukup rasa ⁣ 
  • 2 sudu sos cili⁣ 
  • 1 sudu kicap lemak manis⁣

Cara penyediaan:

1. Mula mula, ketuk halia, bawang putih dan akar ketumbar kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi 2 liter air.⁣
2. Masukkan ayam dan serbuk ayam. Kacau sehingga mendidih.
3. Sambil tunggu ayam mendidih, kita boleh prepkan beras. Basuh beras Basmathi. Rendam dengan air selama 20 minit.⁣
4. Lepas 20 minit, toskan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi. Kemudian, tambah air rebusan ayam. Jika tawar, perasakan dengan garam.⁣
5. Susun ayam atas beras apabila ayam sudah masak. Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.
6. Untuk sos pula, kisarkan halia, bawang putih, akar ketumbar, jus limau, garam, gula, sos cili, 1/2 cawan air rebusan ayam, kicap manis dan cili api sehingga halus.

Yay! Dah siap nasi ayam Thai yang lazat ini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom cuba resepi lain?

You may be interested in: