makan

Ini 6 Jenis Potongan Basic Yang Wajib Anda Tahu. Jom Belajar Teknik Betul Dan Selamat!

Barulah confident masa masak...

Cover image via Kiersten Hickman & Vera Susanti

Potong sayur merupakan satu step yang wajib kalau nak masak. Of course, alat yang kita gunakan untuk potong sayur ialah pisau. Pandai tak tu nak pegang pisau dan guna pisau...

Image via GIPHY

Ok... Ok... Sabar. Jom baca artikel ini, confirm you guys akan dapat input-input baru. Dalam dunia masakan, ada beberapa istilah untuk potongan sayur yang mungkin you guys tak pernah dengar. Takpa, jom belajar sama-sama teknik potongan dan jenis potongan sayur. Let's do it!

Sebelum kita kenal jenis-jenis potongan sayur, jom belajar dulu teknik pegang pisau dan potong sayur dengan betul! Penting tau...

Image via Quora

Tekniknya letakkan ibu jari dan jari telunjuk di bahagian hujung pisau.  Pastikan anda lipatkan jari telunjuk. Nanti you guys akan rasa bahagian atas pisau tu macam menolak tangan korang. Tapi itu perkara biasa, jangan risau. Jari yang lain boleh pegang handle pisau macam biasa.

Yang paling penting, tangan lagi satu grab betul-betul sayur yang hendak dipotong. Pastikan stabil, jangan biarkan sayur tergelincir pula! Terutamanya sayur yang bentuknya bulat seperti tomato.

Semasa potong sayur, gerakkan pisau anda ke depan dan belakang. Motionnya macam ombak. Haa, baru lah betul!

Bukan tu je, tangan yang pegang makanan tu sentiasa amalkan 'claw grip'...

Image via Mashable

Ini supaya tak terpotong jari tu masa nak potong sayur... Jari tu sentiasa ke dalam tau! 

Jom kenali jenis-jenis potongan sayur:

1. Vichy - Potong bentuk 'Slice'

Potongan jenis Vichy ini sama seperti bentuk asli sayur-sayuran itu. Contoh, kalau lobak merah potongan Vichy, hasilnya akan jadi kepingan lobak merah yang telah dislice berbentuk bulat. Biasanya potongan sayuran ini akan digunakan dalam masakan main course seperti sayur tumis atau sup.

Langkah pemotongan:
1. Letakkan sayur secara melintang seperti arah cutting board.
2. Potong kecil menjadi kepingan 1cm - 2cm. 

2. Brunoise - Potong bentuk cincang

Potongan ini memotong sayur dengan halus dan kecil. Kebiasaannya, potongan jenis ini akan dibuat untuk bahan tumis. Ukuran untuk Brunoise ini ialah 2mm x 2mm x 2mm. 

Langkah pemotongan:
1. Potong sayuran secara menegak sehingga menjadi papan setebal 2mm.
2. Kemudian, potong papan sayuran menjadi jejari ukuran 2mm lebar.
3. Akhir sekali, potong jejari sayuran secara melintang sehingga menjadi kiub kecil berukuran 2mm juga.

3. Macedoine - Potong bentuk dadu

Ini merupakan potongan dadu. Kebiasaanya, potongan ini berukuran 1cm x 1cm x 1cm. Potongan ini biasanya digunakan untuk dijadikan bahan tumis atau masakan seperti salad dan sup.

Langkah pemotongan:
1. Potong sayur menjadi papan tebal 1/2cm - 1cm.
2. Stack up secara melintang. Kemudian, potong papan sayuran menjadi jejari ukuran 1/2cm - 1cm tebal. 
3. Potong dadu berukuran 1/2cm - 1cm. 

4. Batonette - Potong bentuk jejari tebal

Potongan ini sesuai untuk memotong kentang untuk digoreng. Potongan yang memanjang dan tidak halus.

Langkah pemotongan:
1. Potong sayur seperti kentang menjadi segi empat. 
2. Stack up secara menegak. 
3. Potong memanjang berukuran 2 1/2 inci. 
4. Kemudian potong menjadi papan dengan ketebalan 1/2 inci. 
5. Akhir sekali potong dengan ketebalan 1/2 inci. 

5. Fine mince - Potong bentuk cincang halus untuk daun

Potong daun pun ada teknik tau... Kebiasaanya potongan ini boleh dijadikan bahan masakan, bahan sup atau hiasan. 

Langkah pemotongan:
1. Gumpalkan dulu semua daun.  
2. Hiris nipis.
3. Cincang halus.

6. Chiffonade- Potong bentuk hirisan untuk daun

Untuk dapatkan kesegaran dan aroma yang lagi sempurna, ikuti cara ini untuk hiris daun. Masukkan ke dalam resepi masakan anda. Fuh, aromanya menyelerakan!

Langkah pemotongan:
1. Stack up sebanyak mungkin daun dan gulung. 
2. Hiris halus. 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan tips-tips lain lagi:

Beli alat ni supaya senangkan kerja dapur:

You may be interested in: