makan

Nikmati 50 Hidangan Thai Asli & Halal Untuk RM50 Je Di Bufet Di Jaya One Ini. Memang Best!

Jom nikmati makanan Thai tanpa had hanya di STREAT Thai!

Cover image via Seismik Makan

Anda teringin menikmati hidangan Thai tanpa had pada harga yang berpatutan? Kami ada berita baik untuk anda :D

Restoran STREAT Thai yang terkenal dengan hidangan-hidangan Thai asli dan lazat kini menyediakan bufet ala carte hanya pada RM50 sahaja!

Image via giphy.com

Apa yang menarik tentang bufet ini ialah mereka menghidangkan bufet secara ala carte yang disediakan secara made-to-order. Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan pembaziran makanan kerana anda hanya memesan apa yang anda mahu mengikut kemampuan anda. Setiap makanan yang sampai di meja anda juga dijamin panas! 

Terhad pada bulan Ramadan sahaja, STREAT Thai menghidangkan 50 jenis hidangan Thai yang pelbagai

Lihat gambar-gambar yang melazatkan di bawah: 

Pad Krapow Beef

Image via Seismik Makan

Green Curry Chicken

Image via Seismik Makan

BBQ Chicken Wings

Image via Seismik Makan

Untuk RM50, anda pasti akan menjadi rambang mata kerana terdapat pelbagai hidangan untuk dipilih. Antara hidangan kegemaran kami ialah Pad Krapow Beef, Green Curry Chicken dan BBQ Chicken Wings. Kesemua hidangan mempunyai rasa yang sangat unik. 

Pad Krapow Beef mempunyai rasa Thai yang sangat autentik kerana terdapat rasa sos ikan yang sangat menyerlah. Memang enak dimakan bersama nasi putih panas-panas!

Manakala Thai Green Curry pula mempunyai rasa yang sangat luar biasa. Kuahnya yang lemak manis dan dipenuhi dengan ayam dan terung memang sangat memuaskan. Hidangan BBQ Chicken Wings pula dipanggang sehingga ayam menjadi lembut dan juicy. Memang boleh buat ketagih! 

Selain itu, dengan tambahan RM10, anda boleh mendapatkan 10 lagi hidangan premium. Sangat berbaloi!

Pad Cha Fish

Image via Seismik Makan

Steamed Fish With Lime Sauce

Image via Seismik Makan

BBQ Beef Striploin

Image via Seismik Makan

Antara hidangan yang anda wajib cuba dari menu premium ialah Pad Cha Fish, Steamed Fish With Lime Sauce dan BBQ Beef Striploin. Hidangan Pad Cha Fish mempunyai rasa pedas dari biji lada dan juga rasa manis yang sangat menyelerakan.

Steamed Fish With Lime Sauce pula mempunyai rasa sup yang sangat menyegarkan. Jika anda seorang karnivor, anda wajib sekali mencuba BBQ Beef Striploin yang begitu tender sekali. Memang sedap jika dicicah dengan sos cili manis. Untuk pakej premium ini juga anda boleh menikmati Thai Milk Tea tanpa had! 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati beberapa jenis desserts yang memang best!

Mango With Sticky Rice (kiri) dan Sangkaya With Toasted Soft Bread (kanan)

Image via Seismik Makan

Kami paling suka Mango With Sticky Rice kerana pulutnya yang wangi memang sesuai sekali digandingkan bersama santan dan mangga. Manakala Sangkaya With Toasted Soft Bread pula sesuai untuk dinikmati sebagai pencuci mulut setelah memakan hidangan pedas. 

Jom nikmati hidangan Thai! Dapatkan info penuh STREAT Thai di sini:

Image via Seismik Makan

Cawangan Jaya One

Alamat: The School, Jaya One, 100-G.001 No, 72a, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
11.30 pagi - 10.00 malam (Ahad hingga Khamis)
11.30 pagi - 11.00 malam (Jumaat dan Sabtu)

No. Telefon: +03-7496 1297

Cawangan Bangsar South


Alamat:  No. 7, Unit G-3, Level G, Nexus, Bangsar South City, Jalan Kerinchi, Bangsar, 59200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 11.30 pagi - 10.00 malam

No. Telefon: +6012-718 0128

Cawangan Kepong Village Mall


Alamat: Kepong Village Mall, No 3, Jalan 7A/62A, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur.

No. Telefon: +03-6734 0128

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan banyak lagi hidangan unik di sini:

You may be interested in: