makan

4 Resepi ‘Crunchy’ & Sedap Untuk Hari Raya Bersama Cornflakes

Sekali hidang, mesti berebut orang nak makan!

Cover image via Seismik Makan

Selain rendang dan ketupat, kuih raya pun antara yang paling utama bila tiba Hari Raya.

Tak sah kalau tiada 5 atau 10 jenis kuih raya dirumah. Betul tak?

Image via GIPHY

Antara kuih raya yang paling famous mesti ada di setiap rumah adalah Cornflakes Madu. Tekstur yang rangup dan rasa yang tiada tandingannya. 5 ketul seorang itu macam perkara biasa sahaja.

Kalau anda nak tahu, sebenarnya ada banyak lagi variasi biskut raya yang boleh dihasilkan menggunakan CORNFLAKES. Ye, tak tipu!

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda semua 4 resepi hari raya yang rangup dan sedap menggunakan CORNFLAKES.

Chocolate Cluster CORNFLAKES

Image via Seismik Makan

Masa Penyediaan: 15 Minit

Masa Memasak: 10 Minit

Saiz Hidangan: 47 Biji


Bahan-bahan:

Bahan A

  • 115g Mentega (dicairkan)
  • 340g Coklat (dicairkan)
  • 110g NESTLÉ GOLD Cornflakes (dihancurkan sedikit)
  • 120g Kranberi Kering
  • 25g Parutan Kelapa
  • ½ Sudu Besar Garam

Bahan B

  • Coklat Putih (dicairkan)


Cara-cara:

  1. Di dalam mangkuk, sebatikan NESTLÉ GOLD Cornflakes bersama kranberi kering dan parutan kelapa.

  2. Di dalam mangkuk yang lain pula, campurkan coklat dan mentega yang telah dicairkan sehingga sebati.

  3. Tuangkan campuran coklat dan mentega ke dalam campuran bahan kering sebentar tadi.

  4. Kacau perlahan sehingga semua kepingan disaluti dengan coklat.

  5. Ambil sebahagian kecil cornflakes dan letakkan di atas dulang pembakar.

  6. Hiaskan dengan coklat putih yang telah dicairkan di bahagian atas.

  7. Sejukkan selama 30 minit atau sehingga ia sedia untuk dimakan.

Crunchy Salted Egg CORNFLAKES

Image via googleapis.com

Masa Penyediaan: 5 Minit

Masa Memasak: 10 Minit

Saiz Hidangan: 8 Orang


Bahan-bahan:

  • 100g Mentega
  • 3 Tangkai Daun Kari
  • 4 Tangkai Cili Merah Kering (dicincang)
  • 60g Serbuk Telur Masin Segera
  • 1 Sudu Kecil Gula
  • 250g NESTLÉ GOLD Cornflakes

Cara-cara:

  1. Di dalam kuali, cairkan mentega dan tambahkan daun kari, cili merah kering dan gula. Kacau selama 2 minit dengan api yang sederhana.

  2. Tambahkan serbuk telur masin segera dan ia akan jadi berbuih. Kacau rata.

  3. Masukkan NESTLÉ GOLD Cornflakes. Pastikan sos menyalut keseluruhan cornflakes dengan rata

  4. Letakkan di atas dulang pembakar dengan kertas minyak dan sejukkan ia sehingga garing.

Biskut CORNFLAKES Cip Coklat

Image via Seismik Makan

Masa Penyediaan: 15 Minit

Masa Membakar: 25 Minit

Saiz Hidangan: 120 Biji


Bahan-bahan:

Bahan A

  • 200g Mentega
  • 50g Lemak Sayuran
  • 80g Gula Aising
  • Garam (secukup rasa)

Bahan B

  • 175g Tepung Naik Sendiri
  • 150g Tepung Gandum Serbaguna
  • ½ Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • ½ Sudu Kecil Serbuk Koko

Bahan C

  • 50g NESTLÉ GOLD Cornflakes (dihancurkan sedikit)
  • 50g Badam Cincang
  • 80g Cip Coklat

Cara-cara:

  1. Di dalam mangkuk, tambahkan mentega, lemak sayuran, gula aising dan garam. Kacau hingga sebati.

  2. Tambahkan tepung naik sendiri, tepung gandum serbaguna, serbuk penaik dan serbuk koko. Sebatikan.

  3. Tambahkan NESTLÉ GOLD Cornflakes, badam cincang, cip coklat dan sebatikan sehingga menjadi doh.

  4. Ambil sedikit doh lebih kurang saiz ibu jari dan bulatkan.

  5. Ulang langkah yang sama untuk keseluruhan doh. Letakkan di atas dulang pembakar bersama kertas minyak.

  6. Bakar pada suhu 180°C selama 25 minit.

  7. Sejukkan biskut selama 40 minit sebelum makan. Biskut Cornflakes Cip Coklat dah siap. Enjoy!

Biskut Red Velvet CORNFLAKES

Image via Seismik Makan

Masa Penyediaan: 15 Minit

Masa Membakar: 25 Minit

Saiz Hidangan: 83 Biji


Bahan-bahan:

Bahan A

  • 117g Mentega
  • 150g Gula Kastor
  • 1 Kuning Telur
  • 1 Sudu Kecil Cuka
  • 1 ½ Sudu Kecil Esen Vanila
  • 2 Sudu Kecil Pewarna Makanan Merah

Bahan B

  • 160g Tepung Gandum Serbaguna
  • 1 Sudu Besar Tepung Jagung
  • 2 Sudu Besar Tepung Beras
  • 2 Sudu Besar Serbuk Koko
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • ¾ Sudu Kecil Soda Bikarbonat

Bahan C

  • 50g NESTLÉ GOLD Cornflakes (dihancurkan sedikit)
  • 30g Cip Coklat
  • 30g Badam Cincang

Cara-cara:

  1. Di dalam mangkuk, sebatikan mentega, gula kastor, dan telur kuning. Tambahkan cuka, esen vanila dan pewarna makanan merah. Kacau hingga sebati.

  2. Tambahkan tepung gandum serbaguna, tepung jagung, tepung beras, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Sebatikan.

  3. Masukkan NESTLÉ GOLD Cornflakes, badam cincang, cip coklat dan sebatikan sehingga menjadi doh.

  4. Ambil sedikit doh lebih kurang saiz ibu jari dan bulatkan.

  5. Ulang langkah yang sama untuk keseluruhan doh. Letakkan di atas dulang pembakar bersama kertas minyak.

  6. Bakar pada suhu 180°C selama 25 minit.

  7. Sejukkan biskut selama 40 minit sebelum makan.

  8. Biskut Red Velvet Cornflakes dah siap. Selamat menjamu selera!

Resepi mudah dan sesuai untuk Hari Raya dan yang paling penting memang crunchy, must try tau!

NESTLÉ GOLD Cornflakes bukan sahaja sedap dan rangup, ia juga diperbuat dengan bijian penuh, padat khasiat dengan vitamin dan mineral. Memang sesuai juga untuk bersahur dengan keluarga tersayang.

Bukan itu saja, dengan setiap pek Nestlé GOLD Cornflakes atau Nestlé GOLD Honey Flakes yang anda beli sekarang sehingga 31 Mei 2022, 10 sen akan didermakan kepada Women of Will untuk menyokong ibu-ibu yang memerlukan! 

Sama-sama, kita kongsikan kebaikan. Sertai sekarang untuk mencapai derma maksimum RM100,000.


Tunggu apa lagi? Dapatkan NESTLÉ GOLD Cornflakes di pasar raya terdekat atau boleh beli di sini dan start buat kuih raya!

Image via Nestlé

Untuk maklumat lanjut Nestlé GOLD Cornflakes, sila layari Facebook mereka di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan