makan

4 Biskut NESTUM 'Crunchy', Ringkas Dan Enak Untuk Sempurnakan Lagi Meja Hidangan Raya

Buka balang je, pasti jadi rebutan ramai!

Cover image via Seismik Makan

Memang tak sah lah Raya jika tiada deretan balang biskut pelbagai variasi dihidangkan di meja makan, bukan?

Antara kuih raya yang paling popular semestinya biskut NESTUM. Tekstur rangup dan aroma terlampau wangi yang boleh menggilakan, biskut NESTUM ini memang wajib dihidang setiap Hari Raya.

Kalau anda nak tahu, sebenarnya terdapat banyak lagi biskut sedap yang boleh dihasilkan menggunakan NESTUM. Ye, betul!

Kali ini, kami akan mengajar anda 4 resepi biskut NESTUM lain daripada yang lain yang pasti akan jadi rebutan ramai.

Mari kita lihat video di bawah untuk pelajari 4 resepi biskut NESTUM sedap ini

Biskut Almond Clusters NESTUM

Image via Seismik Makan

Masa penyediaan: 40 minit 
Hidangan: 30-40 keping

Bahan-bahan:

  • 250 gram potongan badam
  • 150 gram coklat susu
  • 30 gram NESTUM 

Cara-cara:
  1. Bakar potongan badam dalam ketuhar pada suhu 160ºC selama 25-30 minit sehingga rangup.
  2. Menggunakan kaedah double-boiler, cairkan coklat.
  3. Masukkan badam dan NESTUM. Gaul sehingga sebati.
  4. Isikan campuran dalam acuan kertas kek cawan. Hiaskan degan NESTUM. 
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga coklat membeku. Sedia untuk dihidang! 

Popiah Simpul NESTUM Kranberi

Image via Seismik Makan

Masa penyediaan: 1 jam
Hidangan: 250 - 300 keping

Bahan-bahan:

  • 50 gram NESTUM
  • 50 gram badam cincang (dibakar) 
  • 30 gram gula aising
  • Kranberi secukupnya
  • 50 keping kulit popiah

Cara-cara:

  1. Dalam satu mangkuk, masukkan NESTUM, badam dan gula siding. Gaul rata.
  2. Potong kulit poplah kepada 6 bahagian. 
  3. Masukkan sedikit campuran NESTUM dan kranberi. Buatkan simpul untuk setiap kepingan kulit popiah. 
  4. Goreng menggunakan api perlahan sehingga warna keperangan. 

Biskut NESTUM Kranberi Guling

Image via Seismik Makan

Masa penyediaan: 1 jam
Hidangan: 90-110 biji

Bahan-bahan: 

  • 280 gram mentega
  • 160g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 2 biji telur
  • 320 gram tepung gandum
  • 30 gram kranberi (dicincang)
  • 1 sudu kecil emplex
  • 200 gram NESTUM

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati, masukkan esen vanila dan telur. 
  2. Masukkan tepung dan emplex, kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan kranberi dan kacau rata. 
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya. 
  5. Taburkan NESTUM dalam dulang. Paipkan adunan ke atas NESTUM. Gulingkan sehingga NESTUM melitupi permukaan biskut. Susun dalam loyang.
  6. Bakar pada suhu 170ºC selama 20 minit.

Biskut Jejari NESTUM

Image via Seismik Makan

Masa penyediaan: 40 minit
Hidangan: 20-30 keping

Bahan-bahan:

  • 170 gram mentega
  • 125 gram gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 150 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung kastard
  • 100 gram NESTUM (dikisar halus)
  • 1 biji putih telur
  • Coklat susu dan coklat putih secukupnya (dicairkan)

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan NESTUM.
  4. Canaikan dan terapkan dengan acuan biskut.
  5. Sapukan putih telur dan tabur NESTUM.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160ºC selama 20 minit. Keluarkan dan sejukkan.

Boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan minuman, NESTUM merupakan ramuan serba guna yang sangat bermanfaat di dapur.

Mempunyai tekstur yang unik dan juga aromanya yang sangat wangi, penggunaan NESTUM pasti dapat meningkatkan lagi rasa masakan anda!

Ramuan yang sedap lagi berkhasiat, NESTUM diperbuat daripada multi-bijirin yang terdiri daripada campuran gandum penuh, jagung dan beras bukan sahaja membekalkan sumber vitamin dan mineral tetapi juga mengandungi kebaikan bijian penuh yang memberi pelbagai kebaikan kepada kesihatan.

Anda boleh dapatkan banyak lagi resepi masakan  NESTUM lazat dan ringkas di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via says.com

Dapatkan banyak lagi resepi untuk meriahkan lagi meja makan hari raya di bawah: