makan

Ini 4 Resepi Biskut Raya NESTUM Ringkas & Pasti Enak Untuk Dinikmati Bersama!

Biskut-biskut rangup ini mampu membuat sesiapa sahaja ketagih.

Cover image via

Bila cakap je pasal biskut Raya, semestinya semua teringat biskut NESTUM yang sentiasa menjadi rebutan ramai di rumah terbuka

Image via Mama tomei

Mana tidaknya, dengan baunya yang harum dan teksturnya yang rapuh cair dalam mulut, sesiapa saja akan menjadi ketagih dengan biskut popular ini. Sekali rasa pasti nak lagi!

Diperbuat daripada bijirin seperti gandum penuh, jagung dan beras, NESTUM sangat padat dengan khasiat, vitamin dan mineral yang pasti dapat bekalkan semangat dan tenaga kepada anda sepanjang hari. NESTUM bukan sahaja lazat, malah juga menjadi kegemaran ramai kerana aroma unik iaitu AROMALICIOUS!

Kali ini, kami ingin kongsikan 4 resepi biskut NESTUM unik dan sedap yang anda boleh hasilkan dengan senang sekali di rumah. Ringkas untuk dibuat, anda hanya perlukan beberapa bahan asas dapur sahaja untuk cuba menghasilkan resepi-resepi lazat ini.

Jom tonton video di bawah untuk pelajari cara menghasilkan biskut-biskut NESTUM unik ini:

Untuk resepinya pula, boleh lihat di bawah:

1. Biskut Almond London NESTUM

Cadangan hidangan

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 250 gram mentega (tanpa garam)
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 65 gram NESTUM (dikisar)
  • Badam panggang secukupnya
  • 1 bar coklat masakan
  • NESTUM (untuk hiasan)
Cara:

1. Kisarkan NESTUM sehingga menjadi serbuk halus.
2. Dalam satu mangkuk, pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
3. Masukkan kuning telur dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak, tepung jagung dan NESTUM. Gaul sehingga sebati.
5. Uli sehingga doh tidak melekat kepada mangkuk. Rehatkan doh seketika.
6. Balutkan badam panggang menggunakan enam gram doh.
7. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.
8. Menggunakan kaedah double-boiler, cairkan coklat masakan.
9. Salut biskut yang telah sejuk dengan coklat. Lalu, taburkan sedikit NESTUM. Biarkan ia sejuk suhu bilik.

Resepi ini boleh hasilkan 90 - 100 biji almond london NESTUM.

2. Biskut Dahlia NESTUM

Cadangan hidangan

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 125 gram mentega (tanpa garam)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 1/2 sudu kecil ekstrak vanila
  • 2 biji telur (bersaiz besar)
  • 165 gram tepung berserbuk penaik (diayak)
  • 155 gram NESTUM (dikisar)

Cara:

1. Kisarkan NESTUM sehingga menjadi serbuk halus.
2. Dalam satu mangkuk, pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
3. Masukkan ekstrak vanila dan telur. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung berserbuk penaik yang telah diayak. Gaul sehingga sebati.
5. Masukkan NESTUM yang telah dikisar halus. Gaul sehingga menjadi doh lembut. Jika doh anda sedikit kering, anda boleh tambah putih telur secukupnya.
6. Bentukkan doh menggunakan acuan samperit ataupun nozzle pipping.
7. Letakkan cip coklat di atas setiap biskut.
8. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.

Resepi ini boleh hasilkan 90 - 100 biji biskut dahlia NESTUM.

3. Biskut Jem NESTUM

Cadangan Hidangan

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 125 gram mentega (tanpa garam)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji kuning telur (bersaiz besar)
  • 40 gram NESTUM (dikisar)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • Jem strawberi (tanpa biji) secukupnya
  • Gula aising secukupnya (untuk hiasan)

Cara:

1. Kisarkan NESTUM sehingga menjadi serbuk halus.
2. Dalam satu mangkuk, pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
3. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak, tepung jagung, susu tepung, serbuk penaik dan NESTUM yang sudah dikisar. Gaul sehingga menjadi doh.
5. Leperkan doh kepada separuh inci dan bentukkan menggunakan acuan bunga.
6. Menggunakan piping bag, masukkan jem strawberi secukupnya.
7. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.
8. Taburkan gula aising secukupnya.

Resepi ini boleh hasilkan 40 - 50 biji biskut jem NESTUM.

4. Biskut Sarang Semut NESTUM

Cadangan hidangan

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 125 gram mentega (tanpa garam)
  • 70 gram gula aising
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • Pewarna kuning (ikut citarasa)
  • 250 gram tepung gandum
  • 50 gram NESTUM (dikisar)
  • Sprinkles coklat secukupnya

Cara:

1. Kisarkan NESTUM sehingga menjadi serbuk halus.
2. Dalam satu mangkuk, pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
3. Masukkan ekstrak vanila dan pewarna kuning. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan juga NESTUM yang telah dikisar. Gaul sehingga sebati.
5. Masukkan serbuk penaik dan gaul sehingga menjadi doh. Sejukkan doh selama 30 minit.
6. Parutkan doh dan masukkan parutan ke dalam cupcake cups. Taburkan sprinkles coklat ke atas parutan.
7. Bakar pada suhu 180°C untuk selama 25 minit.

Resepi ini boleh hasilkan 160 - 170 biji biskut sarang semut NESTUM.

Dikenali sebagai ramuan serbaguna di dapur, anda boleh gunakan NESTUM dengan pelbagai cara dalam masakan anda. Boleh dicampur dalam minuman, dimasak bersama lauk-pauk dan boleh juga digunakan untuk menghasilkan biskut enak!

Multi-bijirin berkhasiat NESTUM yang terdiri daripada campuran gandum penuh, jagung dan beras bukan sahaja membekalkan sumber vitamin dan mineral tetapi juga mengandungi kebaikan bijian penuh yang memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Justeru itu, NESTUM yang padat dengan khasiat sudah pastinya pilihan sesuai untuk sekeluarga bila-bila masa sahaja.

Cadangan hidangan

Image via NESTUM

Anda boleh dapatkan info tambahan tentang NESTUM di sini.

Apa lagi? Jom cuba hasilkan biskut-biskut NESTUM enak ini!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom lihat resepi-resepi sedap yang lain: