lifestyle

[VIDEO] 9 Koleksi Iklan Raya 2014 Terbaik Pilihan SAYS

Setiap tahun, kita akan disajikan dengan pelbagai iklan Hari Raya yang menarik. Saksikan 9 iklan Hari Raya terbaik bagi tahun 2014 pilihan SAYS.

Cover image via youtube.com

1. Petronas - Ke Pangkuan Bonda. Ternyata mengimbau kembali sambutan raya zaman kanak-kanak dulu di kampung.

2. Telekom Malaysia - ADIK. Celoteh adik kecil ini memang comel dan tak jemu untuk dilihat berulang kali.

3. RTM - Ini Baru Raya! Memaparkan gaya hidup orang zaman sekarang yang terlalu sibuk dengan 'gadjets'. Tapi part selfie yang last sekali tu memang cool.

4. Nissan - Atuk. Seronok tengok atuk bersiar-siar dengan nenek. Tapi ada twist sikit. Kesian atuk.

5. Media Prima - Anugerah Syawal. Berat hati atuk dengan nenek nak lepaskan anaknya balik ke rumah. Sampai sanggup lakukan macam-macam helah.

6. TV AlHijrah - Kemuliaan Syawal. Pesanan ayah buat anak perempuannya beserta babak-babak ketika membesar memang meruntun jiwa. Latar belakang lagu Fynn Jamal lagi menambahkan 'feel' sedih.

7. RTM - ANUGERAH. Hidup mempunyai seorang abang yang kurang upaya memang mencabar. Namun walaupun kurang upaya, hatinya lebih mulia daripada kebanyakan orang yang cukup sifat.

8. JKKN Sabah - Kuih Ibuku. Kasih ibu tiada penghujungnya. Ibu tidak pernah jemu membesarkan anak-anak. Hargailah ibu selagi dia masih bernafas.

9. TNB - Sentiasa Bersamamu. Pekerja TNB komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan. Kerja tetap kerja, Raya tetap Raya.

JUGA DI SAYS: Saksikan video yang dihasilkan SAYS mengenai stereotaip ketika bulan Ramadan

You may be interested in: