lifestyle

Sukakan Resipi 'Simple' Dan Sedap? Egg Drop Soup Ini Boleh Dibuat Guna 5 Bahan Sahaja!

Bolehlah cuba resipi ini untuk panaskan badan di hari hujan, atau apabila terasa kurang sihat.

Cover image via SAYS

Egg Drop Soup ini antara sup paling mudah untuk dibuat, dan ianya sedap dinikmati lagi-lagi apabila badan terasa kurang sihat

Image via SAYS

Sup yang sedap dan likat ini boleh dibuat menggunakan 5 bahan sahaja, dan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk disiapkan.

Nak cuba? Begini caranya:

Bahan-bahan:
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 2 cawan stok ayam
- 1 sudu besar minyak bijan
- Tepung jagung (dibancuh dengan air)
- 1 sudu kecil garam
- Daun bawang (jika mahu)

Cara-cara:
1. Gaul telur dengan 1 sudu kecil tepung jagung.
2. Di dalam periuk, panaskan stok ayam dan minyak bijan.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biar mendidih.
4. Tuang adunan telur perlahan-lahan dan teruskan mengacau.
5. Masukkan garam dan kacau.
6. Siap untuk dihidang! Tabur dengan daun bawang jika mahu.

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Suka resipi ini? Dapatkan resipi yang lain-lain juga!

You may be interested in: