imho

Kepada Ibu-Ibu Diluar Sana, Berhentilah Lakukan Perkara Seperti Ini Di Media Sosial

Kalau boleh semua perkara perlu dimuat naik di media sosial. Kenapa?

Cover image via Google

Ibu-ibu diluar sana, fikir sejenak adakah perlu anda kongsikan segalanya di media sosial?

Benar, media sosial merupakan satu platform yang membolehkan kita berkongsi tentang apa sahaja yang kita mahukan. Tetapi pernahkah anda terfikir tentang implikasinya terhadap orang lain? Baik segi mental atau fizikal.

Image via Female First

Berikut merupakan posting yang biasa dilakukan oleh ibu-ibu diluar sana yang mungkin memberi kesan yang kurang baik terhadap orang lain:

1. Bercerita buruk mengenai ahli keluarga mentua

Perkara ini sering dilakukan oleh isteri-isteri di luar sana. Setiap manusia akan melalui perkara sebegini di mana persengketaan atau perselisihan faham terjadi.

Mungkin ia nampak normal untuk sesetengah pihak, namun percayalah, posting anda mungkin akan dikongsi tanpa pengetahuan dan banyak mata-mata yang melihat apa yang anda tulis.

Secara tidak langsung, mungkin apa yang telah anda tulis itu sampai ke pengetahuan mereka.

Boleh bayangkan bukan apa yang akan terjadi seterusnya?

Image via Google

2. Memaparkan perlakuan anak-anak di media sosial secara berlebihan

Kadang kala apabila melihat posting ibu-ibu di media sosial yang terlalu banyak dan kerap menunjukkan telatah anak-anak, ramai yang akan mula membuat perbandingan dengan apa yang kita ada sekarang.

Perkara ini juga akan menjurus kepada kufur nikmat. Oleh itu, kurangkan-kurangkanlah memuat naik telatah anak. Takut ada yang kecil hati atau lebih buruk, apabila timbul perasaan cemburu dan dengki.

Image via Tribun News

3. Memuat naik status yang menceritakan keburukan suami

Ada juga segelintir isteri yang jenis suka memuat naik status ketika berkelahi dengan suami. Seharusnya, anda sebagai seorang isteri yang solehah perlu jaga maruah suami. Kalau suami dah bagi makan, minum, tempat tinggal dan semuanya cukup lengkap, janganlah demand macam-macam lagi.

Tidak perlu marah si suami lepas itu memuat naik status di media sosial dan marah suami gara-gara tidak memberikan apa yang anda inginkan. Bersabar sedikit, mungkin mereka perlu lebih masa kerana kemahuan anda agak sukar untuk dipenuhi dalam masa yang singkat.

Kesimpulannya, jaga maruah suami. Jangan malukan suami dekat orang luar.

Image via Facebook
Image via Video Blocks

4. Kerap membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain

Perkara ini sebenarnya sering dilihat terjadi dikalangan masyarakat. Ada kalanya, ketika anda membuat perbandingan antara anak sendiri dengan anak orang lain, hati anak sendiri sudah terguris. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pelajaran anak-anak.

Kononnya anak orang lain lebih berjaya, peperiksaan sering mendapat tempat pertama di dalam kelas. Namun, anak sendiri hanya mampu mendapat tempat ketiga. Walaupun, keputusan itu sudah cukup bagus, tidak seharusnya anda membandingkan dengan anak orang lain.

Kerana anda sebagai seorang ibu perlu percaya bahaya anak-anak anda sudah pun memberikan yang terbaik untuk ibu bapa mereka. Jadi, berilah mereka sokongan yang sepatutnya.

Jangan banding-banding.

Image via Keluarga

Selebihnya, fikirlah sendiri apa perkara negatif yang tidak perlu ditunjukkan di media sosial. Bukan apa, untuk mengelakkan orang lain kecil hati atau lahirnya perasaan hasad dengki.

Semoga dijauhkan. Amin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian lain hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: