Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Travel Dengan Bijak & Jimat Pada 2020, Guna 9 Itinerari Bajet Ini Untuk Pengembaraan Anda!

Yang penting, bajet cukup dan tahu anda nak ke mana tahun baru nanti. Itinerari juga perlu lengkap.

Cover image via Facebook Twitter

Memori indah yang telah tercipta pada tahun 2019 ini sememangnya tidak akan semudah itu dilupakan. Ada pahit manisnya juga, bukan?

Image via Giphy

Mungkin buat sesetengah orang, mereka mengalami masa-masa yang sukar pada tahun ini. Ianya boleh dijadikan sebagai pengajaran dan ujian untuk diri sendiri. Namun, tidak lupa juga kepada anda yang sudah melewati hari-hari dengan penuh keceriaan, kebahagiaan dan sentiasa positif dengan apa juga yang mendatang.

Apa-apapun, anda sudah hampir ke garisan penamat untuk tahun ini. SYABAS!

Bercakap tentang memori indah, pasti ramai di antara anda semua yang telah berkunjung ke negara-negara luar tahun ini buat kali pertama. Percutian seperti ini sebenarnya menjadikan diri anda lebih kuat, lebih berhati-hati dan lebih 'particular' ketika bercuti. Lebih-lebih lagi bab-bab makan, berbelanja, negara yang dipilih, keselamatan dan sebagainya.

Image via Gifer.com

Untuk percutian tahun depan, sudah buat perancangan belum nak ke mana?

Kalau belum, boleh lihat senarai tempat-tempat paling menarik dengan bajet berpatutan sepanjang tahun 2019 ini. Bolehlah guna sebagai rujukan untuk percutian tahun 2020!

1. Bajet RM1,000 siap dengan villa di Bali

Image via Intanabila Bazli/Facebook

Antara lokasi yang sering menjadi pilihan pasangan yang baru berkahwin ialah Indonesia. Bali, Lombok, Jogja, Medan dan lain-lain tempat menarik yang masih belum pernah dikunjungi.

Kalau nak yang murah, boleh rujuk itinerari yang telah disediakan oleh pasangan ini ketika mereka berbulan madu di sana. Memang berbaloi sangat siap dengan villa mewah.

Untuk itinerari penuh, boleh klik sini.

2. Anda seorang pemakan? Kalau bercuti tak sah kalau tak pergi buru makanan halal? Jom ke Hatyai!

Image via Dhiya Aizat/Facebook

Tak semua orang suka untuk membeli-belah ketika bercuti di negara orang. Ada yang lebih suka untuk mencuba makanan istimewa di negara yang dikunjungi itu. Yang penting, makanan tersebut dijamin HALAL.

Sebagai contoh, boleh lihat bagaimana lelaki ini telah pergi 'buru' makanan yang sedap di Hatyai menggunakan KTM sahaja. Lebih mudah dan tak perlu susah-susah untuk cari parking kereta dan sebagainya.

Untuk itinerari dan tips penuh, boleh klik sini.

3. RM1,400 untuk 7 hari di Istanbul dan Cappadocia untuk percutian bulan madu bajet. Menarik bukan?

Image via Nurul H. Miszdae/Facebook

Semua orang inginkan tempat yang boleh melukis memori terindah dan akan disimpan selamanya. Namun, lokasi yang dipilih tidak semestinya perlu menggunakan kos yang tinggi. Dengan cara betul, expenses management yang betul, anda masih boleh bercuti dengan bajet rendah dan berbaloi.

Seperti pasangan ini yang membuat keputusan untuk ke Istanbul dan Cappadocia dengan bajet RM1,400 sahaja untuk 7 hari termasuk tiket penerbangan dan siap boleh menaiki belon udara panas lagi.

Untuk itinerari penuh, boleh klik sini.

4. Itinerari lengkap ke Seoul, Korea untuk 8H7M tanpa agen perlancongan. Power tak power?

Image via Twitter @anisaniesa

Kalau dah mula berjalan di Seoul ini memang rambang mata. Mana tidaknya, terlalu banyak tempat-tempat ikonik di sekitarnya dan membuatkan orang ramai yang bercuti di sana perlukan tour guide untuk membawa mereka.

Tapi lain pula dengan gadis ini, dia telah berkunjung ke Seoul, Korea selama 8H7M dan paling menarik, dia menyiapkan itinerarinya sendiri. Lengkap pula tu.

Untuk itinerari penuh, boleh klik sini.

5. Trip bajet Indochina (Vietnam, Kemboja, Thailand) untuk 9 hari hanya dengan bajet bawah RM1,000. Biar betul?

Image via Twitter @hawanabillaa

Percutian ini memakan masa 9 hari dan yang paling menarik sekali, kos percutian itu untuk satu kepala hanya berjumlah RM1,000 sahaja. Tak ke murah tu? Bak kata orang, masa muda-muda boleh buat aktiviti yang menyeronokkan dengan rakan-rakan. Nanti umur dah meningkat, susah pula.

Untuk itinerari penuh, boleh klik sini.

6. Dengan bajet RM3,700 sahaja pun boleh jelajah Turki selama 11H9M. Memang padu habis!

Image via Hang Dhamin/Facebook

Mungkin ramai yang jarang terfikir untuk ke Turki bukan? Tapi rasa teringin pasti ada. Mana tidaknya, tengok gambar-gambar orang post di media sosial, lawa sangat. Boleh terpegun hanya dengan tengok gambar. Belum sampai sana lagi.

Kalau nak buat perancangan ke sana tahun 2020 nanti, boleh lihat itinerari selama 11 hari 9 malam yang disediakan oleh lelaki ini ketika dia menjelajah ke Turki. Menarik pula dengar kos ini.

Baca itinerari penuh di sini.

7. 'Solo travel' ke Maldives hanya dengan RM1,700 untuk 5 hari 4 malam.

Bak kata editor kami, Maldives tak semestinya mahal.

Image via ayurvatraveller.com

Sebut sahaja percutian di Maldives, pasti ramai membayangkan penginapan vila atas air yang mewah serta air laut jernih bak kristal yang tiada tandingan. Untuk mendapatkan pengalaman ini, nilai yang harus dibelanjakan juga tinggi. Pendek kata, persepsi orang ramai terhadap Maldives ini ialah mahal.

Sebenarnya pelbagai macam jenis penginapan lain yang berpatutan untuk anda terokai. Bukan bungalo mewah atas air sahaja. Buktinya, lelaki ini melancong ke Maldives secara 'solo travel' selama 5 hari 4 malam bawah RM1,700 je.

Kalau tak percaya, boleh baca itinerari lengkap di sini.

8. Kalau nak bercuti dekat-dekat, boleh ke Singapura macam gadis ini. Pandai betul buat bajet, menarik pula tu.

Image via Hanany Rossdy/Facebook

Kalau anda malas nak bercuti jauh-jauh, boleh cuba terokai Singapura terlebih dahulu. Memang di sana mahal dari Malaysia walaupun jaraknya sangat dekat. Namun, dengan tips, itinerari dan bajet yang betul, memang banyak tempat yang boleh anda terokai.

Ingin tahu bagaimana gadis ini pergi ke Singapura bersama dua rakan lain hanya dengan RM200 seorang?

Boleh klik sini.

9. Tiga sekawan ini buat itinerari sendiri untuk bercuti ke Hua Hin dan Bangkok, Thailand. Nampak puas sangat berjalan!

Image via Nurfarrahin Norirawan/Facebook

Macam seronok je kalau dapat pergi bercuti bersama rakan-rakan baik bukan?

Kadang-kala, kesibukan belajar atau di tempat kerja membuatkan anda berasa seperti tiada masa diluangkan untuk diri sendiri dan rakan-rakan. Sekali-sekala nak juga merasa bercuti bersama sahabat rapat. Paling penting, tahu nak pergi ke mana dan bajet mestilah seminimum yang mungkin. Maklumlah, muda lagi, kena kumpul duit sendiri.

Kalau nak berjalan, boleh baca itinerari lengkap tiga sekawan ini ketika mereka bercuti di Hua Hin dan Bangkok, Thailand. Seronok tengok.

Baca penuh di sini.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik dengan bajet yang berpatutan anda boleh terokai. Kena pandai cari je. :)

Image via Giphy

Apa-apapun, team SEISMIK mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada setiap pembaca portal kami. Semoga tahun depan lebih banyak tempat menarik dan negara luar yang boleh diterokai bersama insan tersayang. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

To many more places!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment