Ada Jadi Pengetua, Ahli Politik & Ustazah, 'Filter' IG Ini Buat Ramai Berdekah. Kreatif!
Filter Instagram ini sangat realistik dengan kesan gema bunyi daripada microfon beserta dengan meja ucapan. Menarik!
Salah satu feature yang menjadi kesukaan ramai bagi aplikasi Instagram sudah semestinya filter yang ada!
Manakan tidak, filter yang ada dalam laman sosial itu bukan sahaja digunakan orang ramai bagi membuatkan diri mereka tampak lebih kacak dan cantik, tetapi ada juga yang menggunakannya untuk membuat video-video lawak.
Image via TNW
Seperti yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama Keem Mazni.
Siapa sangka, video Keem menggayakan selendang merah dan membuat ucapan ala-ala pengetua sekolah telah mendapat perhatian ramai orang.
Image via Twitter @keemmazni
Lebih menarik kerana video yang dibuat sambil menggunakan salah satu filter di aplikasi Instagram itu kelihatan sangat realistik dilengkapi dengan kesan gema bunyi daripada microfon beserta dengan meja ucapan.
Hasil tinjauan di bahagian reply mendapati ramai yang terhibur dan menyukai video tersebut kerana Keem memang benar-benar kelihatan seperti seorang pengetua sekolah yang berpangkat datin.
Bahkan, siap ada yang tanya perihal tudung yang dipakai Keem.
Image via Twitter @keemmazni
Menerusi tinjauan di laman sosial Twitter juga, rupa-rupanya terdapat beberapa orang warganet yang telah memuat naik video mereka menggunakan filter yang sama.
Tidak dapat dinafikan hasil yang ada kebanyakkan sangat lawak!
Lihat sendiri video-video itu di bawah:
Memang sebijik ustazah kat sekolah dulu!
Tapi erm... Nampak aurat sikit tu, Ustazah.
Macam kenal je kata-kata permulaan 'ahli politik' ini
Cuba teka kenapa dia berucap sambil berdiri?
Allahu, apabila bilal melaungkan azan
Ini pula gaya bila budak kecil dapat microphone
Dengan efek gema bunyi yang ada, bila lelaki laung azan guna filter ini memang akan kedengaran sedap
Haa... Buat yang berminat mendapatkan filter ini, perlu tahu filter ini bukan automatik ada dalam aplikasi Instagram kita
Keem telah membuat satu tweet memaklumkan nama filter berkenaan manakala seorang lagi pengguna Twitter bernama Bell telah memuat naik video tutorial mendapatkan filter itu.
Image via Twitter @keemmazni
Buat yang nak main-main dengan filter 'sepatah.kata' itu, have fun!
Image via Giphy
Ini bukan Instagram filter ya, tapi cabaran!
Lagi filter yang lawak dalam aplikasi Instagram:
Leave a comment