Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Warga Asing Kini Perlu Jalani Latihan Memandu Seperti Rakyat Malaysia Jika Mahukan Lesen

JPJ menghentikan semua permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada Lesen Memandu Malaysia (LMM) berkuat kuasa 19 Mei ini.

Cover image via Harian Metro Vocket

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menghentikan semua permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada Lesen Memandu Malaysia (LMM) berkuat kuasa 19 Mei ini

Menerusi kenyataan di Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli memberitahu keputsan itu adalah sebahagian daripada usaha memperketatkan pematuhan serta piawaian keselamatan jalan raya, selain memperkukuh tadbir urus dan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

“Mulai 19 Mei ini, semua permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada LMM akan dihentikan sepenuhnya," kata kenyataan itu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Warga asing perlu mengikuti proses penuh seperti rakyat Malaysia untuk dapat lesen

Dalam pada itu, JPJ juga memberitahu warga asing yang ingin mendapatkan lesen memandu di Malaysia perlu menjalani proses penuh seperti yang dilalui oleh rakyat tempatan.

Menurut beliau, hanya tiga kategori pemohon sahaja yang dikecualikan daripada perubahan dasar tersebut iaitu individu di bawah kor diplomatik, peserta Malaysia My Second Home (MM2H) serta warganegara Malaysia yang memperoleh lesen memandu asing sebelum memiliki LMM.

Tambah beliau, warganegara asing yang berada di negara ini untuk tempoh sementara kurang daripada 12 bulan masih dibenarkan memandu tertakluk kepada syarat-syarat sedia ada.

Image via Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook)

Image via Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment