Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wanita Luah Rasa Insecure Masa Hamil, Tak Ada Morning Sickness Tapi Muka Berubah 100%

Pengorbanan seorang ibu, macam-macam dugaan kena hadap.

Cover image via @ayyitslala (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap wanita yang hamil di dunia ini pasti mengharungi macam-macam dugaan dan kenangan pahit sebelum bertemu cahaya mata mereka

Ada yang mengalami alahan teruk, tidak ada selera makan, muntah setiap hari, tak boleh bau itu ini dan macam-macam lagi perkara pelik terjadi kepada setiap ibu yang mengandung.

Lain orang lain alahannya, tetapi ada juga yang tidak mengalami apa-apa masalah sepanjang sembilan bulan hamil. Pokok pangkalnya, itu rezeki yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi alahan yang dialaminya semasa mengandung yang membuatkannya rasa sangat sedih dan down.

Image via @ayyitslala (X)

Tak pernah sangka muka akan break out teruk sampai berubah seratus peratus

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @ayyitslala di laman X, wanita berkenaan berkata dia tidak mengalami morning sickness sehingga kandungannya memasuki lapan bulan.

Namun, wajahnya yang sebelum ini flawless tiba-tiba naik jerawat dengan banyak dan hidungnya juga menjadi kembang.

"I nak share my pregnancy journey, bersyukur tak ada morning sickness dari start pregnant sampai now dah 8 bulan. Tapi muka i berubah 100%. From this to this.

"Kalau tak ada benda baik nak cakap pls jangan reply. Please ada rasa empathy. I cuma nak luah perasaan je," katanya.

Image via @ayyitslala (X)

"Muka makin nampak macam orang tua. Makin nak dekat due, makin teruk. I tak ada rasa sedih, tapi rasa insecure tu memang ada. Tapi husband i selalu cakap tak apa ni temporary, selalu bagi semangat dekat i and selalu puji puji i. Dia cakap i still cantik dekat mata dia and i tak sepatutnya fikir bukan-bukan.

"Kalau tak ada dia yang bagi semangat I rasa i dah jadi gila asyik nangis je kot sepanjang pregnant ni. Thanks jugak to my best friend yang selalu bagi semangat. Sebabkan diorang lah berani nak post sini nak luah.

"Jangan ingat pregnant ni benda yang mudah, lain orang lain pengalaman. So appreciate lah wife korang sebab dia korbankan body dia untuk lahirkan anak you. Jangan lah pulak cakap epidural tu cheat code. 9 bulan bawak anak dalam perut sakit pinggang apa semua," luahnya lagi.

Lihat ciapan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment