Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wanita Hadiahkan RM25,000 Cash Buat Ibu & 9 Lagi Artikel 'Feel Good' Sepanjang Tahun 2021!

Kejap je dah nak masuk tahun 2022. Jom mulakan azam dan semangat baru untuk jadi lebih baik!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pejam celik pejam celik, kita sudah tiba di penghujung 2021 dan tahun 2022 pula bakal membuka tirainya tidak lama lagi

Sudah tentu banyak kenangan pahit dan manis yang berlaku sepanjang tahun ini. Walau bagaimanapun, ia tetap menjadi memori yang akan diingat sampai bila-bila.

Di sebalik musibah yang menimpa, pasti ada hikmah dan kisah positif yang kita dapat jadikan sebagai iktibar dan teladan hidup.

Oleh itu, mari kita throwback semula antara cerita feel good yang kami pernah kongsikan dalam SAYS Seismik sepanjang tahun 2021.

Image via @sugardollbynn (TikTok)

Menerusi perkongsian video daripada Nabilah Nazib, dia telah memberikan kejutan hari jadi buat ibu tercintanya dengan menghadiahkan RM25,000 secara tunai.

"She has a dream, to win lucky draw in SSP BSN. That's why I'm giving her some, for her to deposit it in. Can we please pray for her luck and rezeki this time?" katanya.

Image via @sugardollbynn (TikTok)

Baca artikel penuh di sini.

Image via @Kouji_Jepun (Twitter)

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pelajar Jepun daripada Tokyo Foreign University sedang merakam sebuah video tentang mengapa mereka sukakan Malaysia.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila setiap pelajar lepasan jurusan bahasa Melayu di universiti itu dilihat menjawab dengan bahasa Melayu yang fasih.

Baca artikel penuh di sini.

Image via Ruslin Tamsir (Facebook)

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Rusli Tamsir itu telah menceburkan diri dalam industri automotif sejak tahun 2007 lagi kerana minatnya terhadap kereta sangat tinggi.

Dia juga sebelum ini mengambil pengajian selama lima tahun di University of Applied Science Ravensburg-Weingarten sebelum dia mula berkhidmat di syarikat automotif antaranya Harman International dan Daimler AG.

Image via Ruslin Tamsir (Facebook)

Baca artikel penuh di sini.

Image via Nick Hiew (Facebook)

Seorang suami yang setia dari Klang menjadikan misi untuk menyimpan semua wang kertas RM20 yang diterimanya selama setahun untuk membelikan isterinya hadiah mahal sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Pengguna Facebook, Nick Hiew berkongsi kegembiraannya dalam Facebook group 'iPhone 吹水站' selepas dia berjaya menyimpan wang yang cukup untuk membelikan iPhone 13 Pro untuk isterinya.

Ia bukan kejayaan kecil kerana iPhone 13 Pro kini dijual pada harga bermula RM4,899 di Malaysia.

Image via Nick Hiew (Facebook)

Baca artikel penuh di sini.

Image via @safifkhun (TikTok)

Menerusi perkongsian video daripada @safifkhun, kelihatan treler yang membawa kenderaan itu menyusuri laluan bawah jambatan di Shah Alam yang sudah ditenggelami air.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila ramai penunggang motosikal dilihat berada di belakang treler itu bersama motor-motor mereka sambil melambai ke arah kamera.

Image via @safifkhun (TikTok)

Baca artikel penuh di sini.

Image via @en_goldmaster3185 (TikTok)

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang bermain piano tentang lagu Melayu di sebuah mall.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila terdapat dua orang aunty Cina menyanyi dengan bersungguh-sungguh. Mereka dilihat sangat hafal lirik sambil menyanyi dengan penuh perasaan.

Image via @en_goldmaster3185 (TikTok)

Baca artikel penuh di sini.

Image via @firdausothmann (TikTok)

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki Cina sedang berada di sebuah jalan raya sambil meminta sedikit wang dari salah sebuah kereta.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia dilihat sehingga melutut dan menyembah jalan raya itu untuk meminta sedikit wang daripada kereta berkenaan.

Image via @firdausothmann (TikTok)

Baca artikel penuh di sini.

Image via Utusan Malaysia/Amir Khalid

Penyempurnaan puncak menara Merdeka 118 baru-baru ini meletakkan menara itu sebagai menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, malah menjadi menara tertinggi di Malaysia serta Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bangga kerana puncak menara ini dapat disempurnakan walaupun negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Image via Skyscapers MY

Baca artikel penuh di sini.

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amirulrahimxyon dengan kapsyen "Ya Allah banyak betul nasi kedai ni, moga murah rezeki owner meniaga," kelihatan dia dan kawan-kawannya sedang menikmati makanan di sebuah kedai yang terletak di Padang Jawa, Shah Alam.

Apa yang menarik perhatian adalah, portion nasi setiap pinggan di meja mereka dihidangkan dengan sangat banyak. Jika dilihat sekali lalu, bukan saja nasinya yang banyak, tetapi isi dan lauk di dalam setiap pinggan juga penuh.

Image via @amirulrahimxyon (TikTok)

Baca artikel penuh di sini.

Image via Bernama

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabila seorang Guru Cemerlang Kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh meraih anugerah antarabangsa The Global Teacher Award 2021.

V. Komathy, 38, yang sudah 14 tahun berkhidmat, menerima pengiktirafan itu pada majlis yang dianjurkan secara maya menerusi laman Facebook dan saluran Youtube rasmi AKS Education Awards pada 24 Oktober 2021.

Antara produk inovasi berkenaan ialah Chem-Ester Kit: Chem-Ester Kit 2.0 iaitu produk pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Kimia berupa modul bimbingan berbentuk kad permainan dan direka bentuk bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap penulisan formula molekul, struktur, penamaan bagi sebatian alkana, alkena, alkuna, alkohol, asid karboksilik serta ester.

Beliau turut mencipta satu produk aplikasi ilmu Kimia dalam penyelesaian masalah iaitu Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable Environment yang bertujuan mengembangkan karbon aktif biomas daripada tiga sisa pertanian, iaitu serabut tebu, sekam kelapa dan kulit pisang untuk menghilangkan pewarna beracun daripada air yang tercemar.

Image via Bernama

Baca artikel penuh di sini.

Semoga 2022 dapat memberikan sinar kebahagiaan dan menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua. Selamat tahun baru guys, stay safe!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain sepanjang 2021 hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment