Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wanita Dengan 'Nama Terpanjang Di Dunia' Ini Memiliki 1,019 Huruf Dalam Sijil Kelahirannya

Nama yang dimilikinya itu juga hasil gabungan nama-nama filem, kereta, dan saudara-mara.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Nama merupakan alamat atau tanda pengenalan bagi seseorang. Oleh itu, pemberian nama kepada anak yang dilahirkan merupakan kewajipan ibu bapa

Dengan wujudnya nama, maka seseorang itu boleh dikenali dan begitu juga nasabnya diketahui dengan mudah.

Bayangkan jika nama tidak wujud pada seseorang, pelbagai urusan duniawi menjadi sukar dan mustahil seseorang itu dapat hidup dalam keadaan normal.

Tetapi lain pula ceritanya apabila seorang wanita ini memiliki nama terpanjang di dunia yang terdiri daripada 1,019 huruf kembali tular di media sosial. Malah, dia turut mempunyai sijil kelahiran sepanjang dua kaki (0.6 meter).

Menurut laporan Mirror Online, Sandra Williams yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) memberitahu bahawa dia memutuskan untuk memberi nama unik kepada anak perempuannya yang dilahirkan pada 12 September 1984.

Ketika lahirnya bayi berkenaan pada tarikh itu, dia telah memberikan nama “Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams” pada sijil kelahirannya.

Image via OWN (YouTube)

Merasakan nama tidak cukup panjang dan memfailkan pindaan lalu menukarkan nama anaknya menjadi 1,019 huruf

Walau bagaimanapun, tiga minggu kemudian ibu kepada wanita itu merasakan nama tersebut tidak cukup panjang, jadi dia memfailkan pindaan untuk menukar nama itu dan menjadikannya 1,019 huruf panjang dan turut menambah nama tengah 36 huruf.

Nama baru lepas ditukar oleh ibunya kini menjadi...

Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarna erenquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchelleca undenesheaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenv aunetradevonneyavondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzad awnefriendsettajessicannelesciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaund rieaquenttaekatilyaevea’shauwneoraliaevaekizzieshiyjuanewandaleccian nereneitheliapreciousnesceverroneccaloveliatyronevekacarrionnehenriet taescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloiesalynnecsiannemer ciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetiaquani aenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavern ellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionne miariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentesc acraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtaw ndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadauri lessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoaj ohnyaetheodoradilcyana.

Image via NBCU Photo Bank/NBCUniversal

Ibunya tampil beri penjelasan kenapa menamakan anaknya begitu panjang

Jelas Sandra kepada Oprah Winfrey pada tahun 1997 sewaktu Jamie berusia 12 tahun, nama yang diberikan itu adalah bagi memecahkan Rekod Dunia Guinness. Oleh itu, ibunya perlu memastikan nama yang diberikan menjadi sesuatu yang unik.

"Saya tidak mahu namanya seperti orang lain. Namanya mesti berbeza dan saya perlu ada dalam buku Guinness," ujarnya.

Sebagai rekod, nama yang dihasilkan itu telah mengambil masa selama enam tahun lamanya di mana ianya turut menggabungkan nama-nama filem, kereta, dan saudara-mara.

Tonton video penuh rancangan temu bual Oprah Winfrey di bawah:

Fuh lain macam panjang nama dia, macam manalah waktu dia nak tulis dan hafal nama sendiri time jawab exam ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment