Wanita Bengang Kereta Kena Clamp Hanya Sebab Tayar Terkeluar Sikit Dari Garisan Kuning
Seriuslah parking macam itu pun nak clamp? Tak patut ya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita tidak berpuas hati apabila kenderaannya kena clamp hanya disebabkan kesalahan kecil dan terpaksa membayar RM50
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Att Yusof di Facebook, wanita berkenaan terkejut apabila mendapati keretanya di clamp sedangkan dia parkir di tempat yang betul dan tidak menghalang kenderaan lain.
"Kereta saya dikenakan clamp sebab tayar terkeluar dari garisan kuning. Tapi saya park macam tu sebab kereta sebelah (sebelum kereta oren datang) parking terlalu ke depan sampai saya tak boleh masuk betul-betul.
"Saya terpaksa juga park di situ sebab anak saya sakit dan saya perlu ke klinik betul-betul di seberang jalan," katanya.
Image via Att Yusof (Facebook)
Menurut wanita itu lagi, dia cuba menghubungi individu yang menjaga parkir namun tidak dapat bercakap dengannya
"Penjaga parking salahkan bos dia. Katanya dia pun tak sampai hati nak clamp, tapi bos suruh. Saya hubungi pihak Republik TTDI dan mereka bagi nombor En. Sharif yang uruskan hal parking, tapi dia langsung tak jawab panggilan.
"Semua lepas tangan. Denda cuma RM50, tapi saya tak nak bayar sebab rasa macam dibuli. Saya tak halang kereta siapa-siapa pun," katanya lagi.
Image via Att Yusof (Facebook)
Image via Att Yusof (Facebook)
Lihat posting penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment