"Wakil Malaysia" - Cikgu Sekolah Di Negeri Sembilan Terpilih Antara Guru Terbaik Di Dunia
Tahniah dan selamat maju jaya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang guru matematik tempatan menjadi antara yang terpilih sebagai 18 guru terbaik dunia
Difahamkan, ia bagi menyertai kursus Program Fulbright Teaching Excellence and Achievement (TEA) Spring 2025 di Amerika Syarikat.
Menerusi laporan Harian Metro, Guru Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tuanku Ja'afar, Lee Chye Mei menjadi satu-satunya wakil Malaysia selepas melalui tapisan ketat daripada ribuan pemohon sebelum terpilih ke Georgia State University.
"Pengalaman ini benar-benar membuka mata saya. Saya belajar bagaimana pelajar boleh menjadi lebih aktif, kritis dan yakin apabila guru bertindak sebagai fasilitator, bukan hanya penyampai ilmu," katanya.
Image via Harian Metro
Ambil peluang perkenalkan budaya di Malaysia
Menurutnya, pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar serta penggunaan teknologi secara kreatif menjadikan suasana kelas di sana lebih hidup dan interaktif.
Lee juga turut mengambil peluang memperkenalkan budaya Malaysia kepada komuniti sekolah dan rakan dari negara lain.
"Bercerita mengenai Malaysia memberi saya rasa bangga yang sukar digambarkan. Ia bukan sekadar mengenai makanan atau pakaian, tetapi nilai, harapan dan semangat rakyat kita," katanya .
Lee menzahirkan penghargaan kepada Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) atas peluang yang diberi.
"Tanpa dorongan mereka, saya mungkin tidak berada di sini. Mereka nampak potensi kecil yang mampu beri impak besar," katanya lagi.
Baginya, peranan guru bukan hanya mendidik di bilik darjah, tetapi membina keyakinan anak muda supaya berani bermimpi dan percaya pada potensi diri.
"Setiap kali pelajar bertanya soalan dengan yakin, itu petanda perubahan sedang bermula," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment