Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Viral Video Graduan Lebih Seminit Atas Pentas Konvo, Rupanya Ini Yang Ditanya Pro-Canselor

Mesti rasa cuak kan dekat atas tu.

Cover image via @piccolo143 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Majlis konvokesyen adalah saat indah yang tidak akan dapat dilupakan oleh semua pelajar

Ketika inilah hasil usaha dan penat lelah anda semasa belajar diraikan dalam sebuah majlis yang meriah.

Pada hari ini jugalah anda akan menerima skrol setelah bertahun-tahun menimba ilmu dan bertungkus lumus untuk menghabiskan pengajian. Tetapi akibat pandemik Covid-19 yang melanda di negara, semua acara konvokesyen terpaksa ditangguhkan.

Namun, lain pula dengan video yang viral di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis mengimbau kembali kenangan semasa dia sedang menerima skrol di atas pentas yang mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lebih seminit atas pentas sebab Pro-Canselor ajak sembang

Menerusi video tersebut, seorang gadis yang dikenali sebagai Wani berkongsi kenangan semasa dia sedang menerima skrol di atas pentas.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia dilihat berada lama di atas pentas kerana ditanya beberapa soalan oleh Pro-Canselor.

Dia menulis dalam kapsyennya "Time ni lama gilalah kena soal harga CPO (minyak sawit mentah). Sabar jelah tapi rindu gilalah," katanya.

Menerusi sumber, dia memberitahu beliau memang dikenali sebagai seorang yang suka bertanya soalan kepada pelajar. Beliau akan memilih sesiapa saja secara rawak.

Bukan itu saja, Wani turut berkongsi video rakannya juga turut disoal oleh beliau semasa menerima skrol terbabit.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Terbayang kalau tak dapat jawab tu tiba-tiba dia cancel nak bagi scroll" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama seperti Wani kerana pernah disoal Pro-Canselor ketika menerima skrol. Ramai graduan yang mengharapkan agar majlis konvokesyen boleh diadakan semula seperti sediakala.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 40.5K likes, 923 comments dan 831 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @piccolo143 (TikTok)

Image via @piccolo143 (TikTok)

Image via @piccolo143 (TikTok)

Image via @piccolo143 (TikTok)

Image via @piccolo143 (TikTok)

Image via @piccolo143 (TikTok)

Rindu pula time konvo bila tengok balik. Harap korang dapat rasa suasana konvo yang sama lepas ni :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment