Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Tulisan Jawi 'Next Level', Cikgu Ini Sampai Tepuk Dahi Semak Buku Anak Murid

Lain macam tulisan kau dik.

Cover image via @shahrulafiq01 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman yang sukar dilupakan semasa berada di zaman persekolahan betul tak?

Ada kenangan manis, pahit dan juga lucu. Semua itu sebenarnya proses kita untuk menjadi lebih matang dan mengenal erti kehidupan.

Selain dari ponteng sekolah, sudah tentu ada di antara kita yang pernah meniru kerja sekolah kawan di kelas bukan? Tak kisahlah jawapan betul atau tidak, janji kerja sekolah siap.

Namun, lain pula yang jadi dalam video tular ini apabila seorang guru naik pening selepas melihat tulisan jawi anak muridnya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sekali tengok macam tak ada apa-apa kesalahan, tapi bila baca baris kedua terus cikgu tepuk dahi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shahrulafiq01, kelihatan cikgu itu sedang menyemak kerja sekolah murid-muridnya.

Namun, apa yang membuatkan cikgu itu naik pening adalah apabila dia mula perasan tulisan jawi di buku salah seorang anak muridnya dilihat lain macam.

"Aku tak faham la. Aku bagi kerja kat budak, punyalah senang. Benda dah belajar jawi. Ya Allah. Ni mana punya jawi dik? Tambah bulat ni dik. Macam manalah nak cakap dengan mak dan ayah ni. Haih, macam sama tapi bukan," katanya.

Image via @shahrulafiq01 (TikTok)

"Tu kan tulisan Yunani. Dia guna decoding tu, QR code terus dia buat hahaha cuba try scan" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 806.5K views, 97.9K likes dan 3.3K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberi spekulasi masing-masing selepas melihat tulisan jawi murid itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @shahrulafiq01 (TikTok)

Image via @shahrulafiq01 (TikTok)

Image via @shahrulafiq01 (TikTok)

Image via @shahrulafiq01 (TikTok)

Image via @shahrulafiq01 (TikTok)

Image via @shahrulafiq01 (TikTok)

Image via @shahrulafiq01 (TikTok)

Image via @shahrulafiq01 (TikTok)

Image via @shahrulafiq01 (TikTok)

Image via @shahrulafiq01 (TikTok)

Baca banyak kali pun tetap tak faham tulisan awak dik, adoi buat lawaklah! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment