Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Terima Komen Jual Beg Harga 'Yahudi', Pemuda Ini Tunjukkan Hasil Disebalik Lukisan

Dia punya peralatan nak buat pun dah mahal.

Cover image via @amamijan (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semua orang mempunyai hobi masing-masing dalam melakukan perkara yang mereka minat

Tidak kiralah dalam apa bidang sekali pun. Kadang kala ada sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi melakukan perkara yang mereka minat.

Sama seperti video di Twitter ini apabila seorang pemuda yang menjual beg hasil dari lukisannya sehingga mendapat kecaman daripada netizen telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tunjuk disebalik penghasilan lukisannya, jelaskan mengapa ia mahal

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda yang dikenali sebagai Amamijan telah menerima satu komen daripada netizen yang memberitahunya harga beg yang dijual sangat mahal dan melabelkannya seperti 'harga yahudi'.

Difahamkan pemuda itu sangat minat dalam menghasilkan pelbagai jenis lukisan sehinggakan dia menerima banyak tempahan untuk membuat custom made.

Baru-baru ini dia telah membuat satu live di TikTok dan mendapat komen mengapa dia menjual beg yang dilukisnya begitu mahal sekali. Dia kemudian menjelaskan berapa lama masa yang perlu diambil untuk menghasilkannya dan perlu mempunyai kreativiti dalam melakukannya.

Dia menunjukkan antara peralatan seperti berus dan cat berkualiti yang perlu ada untuk melukisnya. Malah, dia juga menggunakan kuantiti cat yang banyak untuk melukis pada beg itu.

Lihat postingnya itu di bawah:

"Benci doh jenis manusia yang pandang art/creative ni benda murah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang menyokong pemuda itu dan turut menjelaskan bahan-bahan yang digunakan untuk melukisnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 194.4K views, 3,342 retweets dan 5,944 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Seni tu memang mahal guys kalau tak nak tempah cubalah korang lukis and buat sendiri okay? ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment