Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "So Cool" - Lelaki Ini Menyanyi Dengan Ratusan Ayam Ternakan Buat Ramai Gelak

Boleh pula semua ikut lari sama tu.

Cover image via @AnimalsWorId (Twitter)

Mempunyai haiwan ternakan sememangnya dapat mengisi aktiviti masa lapang kita

Selain itu, ia juga dapat menghilangkan rasa bosan bila kita bersendirian. Tetapi bagi mereka yang mempunyai haiwan ternakan pasti dibela atas tujuan tertentu bukan.

Haiwan ternakan juga sama seperti haiwan peliharaan biasa, mereka juga perlu dijaga dengan penuh kasih sayang.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki sempat merakam dirinya menyanyi bersama dengan ratusan ayam ternakannya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Buat persembahan sambil merakam dengan ratusan ayam ternakan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di sebuah ladang ternakan ayam yang dipercayai miliknya sendiri.

Dia kemudian dilihat sedang membuat persembahan nyanyian bersama ratusan ayam ternakannya dengan dirakam menggunakan kayu buluh sebagai selfie stick.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila ayam-ayam itu juga mengikut tuan mereka berjalan di belakang seperti dapat merasakan vibe tersebut.

Image via @AnimalsWorId (Twitter)

"The running of the chickens there" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut terhibur melihat reaksi ayam-ayam tersebut.

Malah, ada yang menyifatkan ayam ternakannya itu seperti dapat merasakan vibe yang dibawakan oleh lelaki berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 199.8K views, 1,030 retweets dan 3,343 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Seronok pula tengok dia dengan ayam-ayam tu. Semua dah macam sekepala :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment