Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Setiap Bulan Check 'Pregnancy Test', Wanita Ini Menangis Gembira Akhirnya Hamil

Hanya wanita je kan faham perasaan ni.

Cover image via @syipomajid (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan zuriat mereka sendiri untuk melengkapkan lagi sesebuah keluarga

Namun, bukan semua orang dapat mempunyai rezeki zuriat dengan cepat. Ada di antaranya terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun.

Ada juga yang menggunakan cara in vitro fertilization (IVF) bagi mendapatkan zuriat. Ianya bukanlah semudah seperti yang kita sangka. Pastinya suami dan isteri adalah orang yang paling gembira apabila mendapat tahu berita gembira ini.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi momennya selepas mengetahui yang dia akhirnya hamil setelah sekian lama menanti.

Lihat video penuh itu di bawah:

Setiap bulan tak miss check pregnancy test* hamil atau tak

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Nur Syifa itu memberitahu bahawa dia dan suami telah berkahwin pada tahun 2018 yang lalu.

Pada April 2019, dia telah terlibat dengan kemalangan motosikal yang menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk hamil.

Dia juga terpaksa menjalani rawatan fisioterapi dan perlu bergantung pada kerusi roda serta tongkat selama beberapa bulan.

Walau bagaimanapun, selepas keadaannya semakin pulih dia sudah merancang untuk menimang cahaya mata. Malah, setiap bulan dia mbemeriksa ujian kehamilan itu dengan harapan untuk hamil sehingga mahu mengambil keputusan untuk berhenti memeriksa ujian kehamilan berkenaan kerana takut kecewa.

Namun, selepas itu dia merasakan alahan seperti muntah, pening dan demam, membuatkan dia ingin memeriksa lagi menggunakan ujian kehamilan dan akhirnya disahkan hamil.

Image via @syipomajid (TikTok)

"Tahniah sis, I dapat rasa apa yang awak rasa sekarang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terharu selepas melihat video tersebut.

Malah, ada yang berkongsi pengalaman sama ketika mendapat tahu diri mereka hamil. Ada juga yang minta didoakan agar cepat mendapatkan zuriat kerana sudah lama berkahwin.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 12.4K likes, 334 comments dan 153 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @syipomajid (TikTok)

Image via @syipomajid (TikTok)

Image via @syipomajid (TikTok)

Image via @syipomajid (TikTok)

Image via @syipomajid (TikTok)

Perasaan gembira tu memang tak boleh gambarkan betul tak? :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment