[VIDEO] Satu Keluarga Mengamuk Hancurkan Kereta Sebelum Kena Tarik Undang Bualan Ramai
Kenapa sampai macam tu hmm.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seornag wanita bertindak di luar kawalan dengan memecahkan cermin dan merosakkan kereta miliknya semasa mahu diambil oleh penarik kenderaan berdaftar
Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok, wanita tersebut bersama beberapa individu lain dilihat mengetuk cermin hadapan kenderaan itu menggunakan batu berkali-kali.
Difahamkan, kereta tersebut ditarik kerana pemiliknya gagal membayar hutang secara ansuran selama lapan bulan.
Tindakan mereka menghancurkan kereta itu juga dikatakan sebagai cara melepaskan kemarahan kepada pihak berkenaan.
Image via @epultowingtemerloh2 (TikTok)
"Khabarnya kes 8 bulan tak bayar installment, dirosakkannya kereta tu sebelum kena tarik.
"Kereta sudah ditarik di luar kawasan rumah. Pemilik masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kereta masuk ke kawasan rumah. Sebab itu bumper tercabut.
"Dikatakan kereta ini sambung bayar. Keluarga ini dah bayar pemilik asal tapi pemilik asal tak bayar ke bank," tulis seorang individu.
Image via @epultowingtemerloh2 (TikTok)
Dalam pada itu, warganet di laman X turut memberikan pelbagai reaksi mengenai tindakan keluarga tersebut
Image via @update11111 (X)
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment