Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Roti Benggali Dipunggah Tanpa Pelapik & Sarung Tangan, Netizen Mula 'Loya' Tekak

Kejadian dikatakan berlaku di Pulau Pinang.

Cover image via Lisa Isaac (Facebook)

Tindakan dua lelaki memindahkan roti benggali daripada sebuah lori ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) menimbulkan rasa kurang senang orang ramai

Difahamkan video yang mula viral sejak semalam itu berlaku di Pulau Pinang berdasarkan nombor pendaftaran lori tersebut.

Menurut laporan, loghat Utara yang digunakan oleh seorang wanita yang membuat rakaman. Tetapi lokasi sebenar dan waktu kejadian masih tidak dapat dipastikan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Eshincak

Ternampak dua orang lelaki sedang memunggah roti benggali

Menerusi video berdurasi kira-kira 52 saat itu, wanita terbabit membuat ulasan bahawa kedua-dua mereka sedang memindahkan roti tanpa bungkusan dan sebarang pelapik.

Dalam pada itu, rakaman tersebut memaparkan dua orang lelaki itu memunggah roti daripada bakul di atas lori ke dalam MPV melalui but dan pintu sebelah kanan penumpang.

Letak roti dalam kereta tanpa pelapik dan sarung tangan

Namun, roti-roti berkenaan disusun di bahagian but belakang kereta tanpa sebarang pelapik dan sarung tangan semasa memunggahnya.

Mereka juga dilihat seperti tergesa-gesa semasa membuat kerja tersebut. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua lelaki itu adalah pekerja syarikat pembuatan roti atau pembelinya.

Setakat ini, masih belum menerima pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga terkejut dengan video berkenaan dan memberikan pandangan mereka

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment