Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Rakyat Palestin Di Malaysia Mahu Balik Gaza Rayu Bantuan PMX & Kerajaan

Difahamkan, Yousuf gagal menghubungi ahli keluarganya lebih 10 hari.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Yousuf, 28 tahun yang kini berada di Malaysia meminta bantuan daripada kerajaan untuk membantunya pulang ke kampung halamannya di Gaza, Palestin

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya hari ini, yousuf_anak_palestine berkata dia mahu pulang ke Palestin selepas lebih 10 hari gagal menghubungi ahli keluarganya dan sudah dua orang daripada 12 orang ahli keluarganya telah syahid.

Yousuf kelihatan sangat kemas apabila mengenakan busana formal sebegitu rupa untuk merakam sebuah video yang ditujukan kepada PMX dan kerajaan.

“Saya minta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tolong saya. Saya nak balik Palestin. Saya mahu minta satu surat yang membolehkan saya memasuki Gaza melalui Rafah.

“Sehingga sekarang dua ahli keluarga telah syahid dan saya kini gagal menghubungi ahli keluarga saya. Kalau boleh bantu saya, beritahu saya.

“Terima kasih Malaysia, kita bersaudara. Saya bersyukur duduk di sini,” katanya.

Image via Al Jazeera

Difahamkan, Yousuf sudah sembilan tahun berada di Malaysia sejak tahun 2015 bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi.

Yousuf juga memaklumkan dalam wawancara baru-baru ini, dia kini sedang bekerja di negara ini untuk mencari rezeki supaya dapat menyara keluarganya yang berada di Gaza.

Lihat video penuh di bawah:

Harap PMX dan pihak kerajaan dapat bertindak dengan pantas untuk membantu Yousuf.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment