[VIDEO] Pemandu Myvi Masuk Jalan Motosikal Cetus Persoalan Ramai - "King Buat Hal Lagi"
Lama pula tu dia guna jalan motosikal.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular sebuah video di TikTok selepas rakaman seorang pemandu kereta Perodua Myvi dengan selamba menggunakan laluan khas motosikal
Difahamkan, pemandu berkenaan melalui Lebuh Raya Shah Alam – Klang yang sempat dirakam oleh seorang penunggang motosikal.
Menerusi video di akaun TikTok @awinkrapkrap, kelihatan Perodua Myvi itu telah melalui jalan tersebut walaupun terdapat simpang keluar, dia tetap meneruskan perjalanan.
Image via @awinkrapkrap (TikTok)
Masuk lorong motosikal lebih lama sampai kena tahan dengan kakitangan lebuh raya
Oleh kerana pemandu tersebut memandu di lorong berkenaan dengan lama, dia akhirnya telah ditahan oleh pihak kakitangan lebuh raya yang berada di situ.
Video itu ternyata mencetus perbualan ramai dan ada yang berpendapat mungkin juga dia tersalah lorong.
Namun, ada juga yang memberitahu jika betul dia tersalah lorong, pasti dari awal dia sudah keluar daripada laluan motosikal itu.
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment