[VIDEO] Pemandu Lori Diserang Harimau Kumbang Ketika Berhenti Kencing Di Tepi Jalan
Mangsa yang sedang dirawat di Hospital Seremban akan menjalani rawatan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malang tak berbau buat seorang pemandu lori apabila niat untuk berhenti kencing menjadi tragedi diserang harimau kumbang
Menerusi laporan Harian Metro, insiden terbabit telah menyebabkan pemandu lori tersebut cedera parah ketika mangsa turun untuk membuang air kecil di lokasi kejadian.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata kejadian berkenaan berlaku di Jalan Bukit Tangga- Seremban, Jelebu, Negeri Sembilan pada jam 3.31 semalam.
"Video berdurasi 16 saat itu menunjukkan kelibat harimau kumbang sedang berlari ke arah hutan yang bertentangan.
"Susulan itu kakitangan Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan segera melakukan siasatan lanjut di lokasi kejadian petang tadi," katanya.
Image via X
Mangsa diterkam harimau kumbang pada bahagian kepala
Menurut Abdul Kadir, mangsa merupakan lelaki warga tempatan yang berasal dari Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor berusia dalam lingkungan umur 50-an.
"Hasil siasatan juga mendapati seekor harimau kumbang dipercayai keluar dari hutan berhampiran dan menerkam bahagian kepala mangsa.
"Haiwan liar itu kemudian berlari ke kawasan hutan bertentangan jalan berkenaan. Terdapat bukti tompokan darah mangsa di lokasi kejadian," katanya.
"Tindakan pemantauan dan rondaan susulan akan dilakukan di lokasi kejadian dan orang ramai dinasihati berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan," katanya.
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment