[VIDEO] Pelancong China Tersalah Masuk Open House, Nampak Berselera Jamah Hidangan Raya
Difahamkan, pelancong tersebut menyangka rumah terbuka raya itu adalah sebuah restoran.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang pelancong China yang dilihat tersilap menyertai sebuah rumah terbuka yang disangkanya sebuah restoran di Pulau Langkawi, Kedah
Menerusi rakaman video yang telah dimuat naik di TikTok itu, lelaki China itu dilihat sedang berselera menikmati juadah raya sambil bermain telefon bimbit.
Bercakap kepada SAYS, pemilik rakaman video tersebut, Linda Orow berkata lelaki berkenaan dipercayai seorang pelancong China yang bermalam di sebuah hotel di sekitar kawasan Taman Sri Wawasan, Ulu Melaka.
"Kami telah adakan sebuah rumah terbuka di sini pada hari Khamis, 24 april yang lalu," katanya.
Image via TikTok
Apabila mendapat tahu situasi sebenar, pelancong terbabit berasa malu dan minta untuk beredar tetapi 'tuan rumah' tetap mengajaknya untuk terus nikmati hidangan
Memandangkan dia tidak begitu mahir berbahasa Mandarin, wanita berkenaan mendapat bantuan seorang rakannya untuk bertanya kepada lelaki China terbabit.
"Dia beritahu pada lelaki itu yang ini bukan restoran tapi rumah terbuka hari raya, lelaki tu pun malu dan minta untuk beredar.
"Tapi kami halangnya, kami cakap pada dia sesiapa yang nak makan kena makan, kamu tak boleh keluar dari sini tanpa makan.
"Kami bagi dia serba sedikit juadah raya untuk beri dia rasa, walaupun nampak malu dia tetap makan, lepas habis saja makan dia cuba untuk beri bayaran, kami tolak dan cakap pada dia tak perlu bayar apa-apa kalau datang rumah terbuka," ujarnya.
Pelancong tersebut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka berkali-kali dalam bahasa Mandarin sebelum beredar.
Image via Linda Orow (Disediakan kepada SAYS)
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment