[VIDEO] Pekerja Didakwa Dipukul Gara-Gara Pelanggan Tak Puas Hati Harga Nasi Campur RM13
Difahamkan, pelanggan tidak berpuas hati dengan jumlah keseluruhan harga makanan tersebut yang berharga RM13.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular apabila seorang pelanggan didakwa bertindak agresif dengan menampar seorang pekerja kedai makan
Menerusi sumber, difahamkan insiden beraku di sebuah kedai makan di Meru Raya, Ipoh, Perak selepas pelanggan dipercayai tidak berpuas hati dengan harga makanan yang dikenakan.
Menurut saksi, suspek yang merupakan seorang lelaki berpakaian serba hitam pada awalnya telah memesan dua hidangan nasi putih bersama beberapa lauk iaitu daging termasuk bebola daging, ayam mentega dan ayam goreng.
Pekerja kedai makan kemudian mengenakan harga kesemua hidangannya sebanyak RM13.
Akibat daripada itu, lelaki berkenaan dikatakan berang dengan harga tersebut dan mempersoalkan caj yang dikenakan.
Image via Mynewshub (Facebook)
Pekerja telah memulang kembali duit, tetapi suspek tetap tidak berpuas hati
Bagaimanapun, pekerja kedai berkenaan yang merupakan seorang warga asing didakwa telah memulangkan semula wang pelanggan itu. Namun, rasa marah pelanggan berkenaan tidak berakhir di situ.
Dia dilaporkan telah kembali semula ke premis sebelum didakwa menampar pekerja berkenaan di hadapan pelanggan lain.
"Saya lihat lelaki tu memang dah dapat balik duit, tapi dia tetap datang semula dan terus serang pekerja tu tanpa sebab munasabah," kata salah seorang pelanggan.
Malah, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai insiden berkenaan telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri atau menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian, sebaliknya menyalurkan aduan melalui saluran yang betul.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment