Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Pasangan Raja Sehari Siap Buat Petting Zoo Di Majlis Perkahwinan Mereka

Lain daripada yang lain ni!

Cover image via @afifah_events (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepasang raja sehari sehari menghadirkan kelainan dalam hari istimewa mereka dengan turut menyertakan petting zoo dalam majlis perkahwinan mereka

Menerusi video yang dikongsikan perunding perkahwinan pasangan tersebut, @afifah_events menunjukkan keunikan yang ada dalam majlis berkenaan.

"Serius, sepanjang kami urus beratus majlis, yang ni paling win habis! Majlis tetap intimate, tapi vibes dia bukan biasa-biasa," tulisnya.

Bercakap kepada SAYS, perunding majlis berkenaan kemudian menjelaskan bahawa pengantin lelaki sebenarnya adalah seorang animal trainer, bukannya doktor haiwan, namun haiwan-haiwan itu memang dibawa dari tempat kerjanya.

"Ianya sangat menyeronokkan untuk merancang majlis perkahwinan berdasarkan ideanya, dan tetamu benar-benar teruja dengan kehadiran haiwan-haiwan tersebut!" katanya.

Image via TikTok

Kanak-kanak dilihat paling teruja dapat berinteraksi bersama haiwan-haiwan tersebut

Para tetamu berpeluang melihat dengan lebih dekat, memegang, dan menangkap gambar bersama haiwan-haiwan tersebut di mana ia adalah sesuatu peluang yang tidak boleh dilepaskan dan jarang ditemui dalam majlis perkahwinan.


Walau bagaimanapun, perunding majlis berkenaan menggambarkan sambutan itu sebagai sesuatu yang intim dan tulen, sambil menekankan bagaimana pasangan pengantin kekal dengan identiti diri dengan kecintaan mereka terhadap haiwan.


"Kanak-kanak gembira, para ibu teruja, malah pakcik-pakcik pun terhibur," katanya.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment