Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] “Nak Ikut Ayah Ke Mama?” - Gadis Ini Sebak Kongsi Kisah Hidup Dalam Broken Family

Bukan senang nak pilih ibu atau ayah, dua-dua pun sayang.

Cover image via @mizaqstna (TikTok)

Siapa je yang tak inginkan hidup dalam sebuah keluarga bahagia dalam dunia ini bukan?

Lebih-lebih lagi jika seseorang itu merupakan anak tunggal, pastinya dia inginkan ibu bapa sentiasa ada di sisinya.

Namun, soal jodoh adalah ketentuan Allah SWT. Siapa kita untuk menolak takdir yang Dia sudah tetapkan sekiranya ibu bapa terpaksa berpisah dan anak pula terpaksa mengharungi kehidupan di dalam broken family.

Begitu juga dengan seorang gadis ini apabila dia memuat naik videonya di laman sosial TikTok baru-baru ini. Gadis yang mesra disapa Mija berkongsi kisahnya sewaktu kecil tentang saat dia terpaksa memilih ibu atau ayahnya semasa konflik keluarga mereka berlaku.

Lihat video penuh di bawah:

Apabila ditanya sama ada dia nak ikut ayah atau ibu, Mija akhirnya terpaksa ikut mamanya selepas ayahnya mengalah

Image via @mizaqstna (TikTok)

Menurut Mija, dia teringat kejadian semasa dia kecil di mana ayahnya membawa dia ke sebuah hotel tanpa pengetahuan mamanya. 

"Seharian mama cari and mama decide untuk buat report polis. Bila mama tahu aku dengan ayah dekat hotel, mama datang dengan polis. And benda ni jadi pressure for a 3 years old me.

"My parents bagi aku decide dalam masa 3 minit, nak ikut ayah atau mama. Dua-dua penting untuk aku. Ayah mengalah and aku ikut mama," katanya.

Di usianya sekecil 3 tahun semasa kejadian itu berlaku, Mija mengakui ia meninggalkan kesan dan tekanan kepadanya sebagai anak.

"At least awak tahu mak ayah awak kat mana. Saya tak pernah jumpa dan tak kenal siapa ibu ayah kandung saya" - Warganet

Video Mija mendapat perhatian ramai di TikTok sehingga mencecah setengah juta tontonan dan lebih 80,000 likes.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Mija dihujani pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata mereka memintanya supaya terus kuat kerana bukan semua orang mampu hidup dalam keluarga yang tidak sempurna.

Malah, ada di antara mereka mengalami nasib yang lagi malang daripadanya iaitu hidup bersama keluarga angkat sejak kecil dan sampai sekarang tidak kenal siapa keluarga kandung mereka.

Antara komen daripada warganet:

Image via imgur.com

Image via @mizaqstna (TikTok)

Image via @mizaqstna (TikTok)

Image via @mizaqstna (TikTok)

Image via @mizaqstna (TikTok)

Image via @mizaqstna (TikTok)

Image via @mizaqstna (TikTok)

Image via @mizaqstna (TikTok)

Image via @mizaqstna (TikTok)

Image via @mizaqstna (TikTok)

Buat sesiapa di luar sana yang mengalami nasib sama seperti Mija. Stay strong ya! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment