Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Murah Dengan Senyuman Masa Tebar Roti Canai, Netizen Tersenyum Lihat Pemuda Ini

Dari A to Z dia senyum je ya.

Cover image via @aretiix_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pekerjaan sebagai penebar roti canai bukanlah satu perkara yang mudah

Ianya memerlukan skill dan latihan yang banyak bagi memastikan hasilnya menjadi. Malah, bakat menebar roti canai ini bukan semua orang boleh lakukannya.

Disebabkan itu, bakat menebar roti canai ini pasti akan menjadi perhatian ramai kerana mereka menganggap ianya adalah keistimewaan luar biasa.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang pemuda yang sedang menebar roti canai mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sentiasa senyum semasa tebar roti canai, pelanggan pun happy

Menerusi video tersebut, kelihatan pemuda itu sedang menebar roti canai untuk pelanggannya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Bukan itu saja, dia juga dilihat tersenyum daripada menebar roti canai sehinggalah menghantar makanan kepada pelanggan. Aksinya itu tidak ubah seperti chef terkenal daripada Turki, Burak yang juga sentiasa tersenyum ketika menyediakan makanan.

Susulan daripada videonya yang telah viral itu, kedainya kini menjadi tarikan luar biasa daripada pelanggan.

Image via @aretiix_ (TikTok)

"Buat dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi pemuda terbabit.

Malah, ada turut tersengih sepanjang melihat video tersebut. Ada juga bergurau takut akan terjatuh cinta apabila sampai di kedai itu kerana melihat senyumannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 59.5K likes, 3,036 comments dan 2,132 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @aretiix_ (TikTok)

Image via @aretiix_ (TikTok)

Image via @aretiix_ (TikTok)

Image via @aretiix_ (TikTok)

Image via @aretiix_ (TikTok)

Image via @aretiix_ (TikTok)

Sambil bekerja sambil bersedekah ya. Manis je tengok :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment