Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Itu Cara Dia" - Lelaki Tunjuk Aunty Ini Jaga Keselamatan Siap Basuh Duit. Wow!

Masing-masing ada cara sendiri untuk jaga keselamatan diri.

Cover image via @afizutara (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Peningkatan kes positif Covid-19 memang satu perkara yang patut dirisaukan ramai

Kes harian kini sudah pun mencecah lebih 20 ribu. Disebabkan itu, adalah baik jika kita mengikuti semua arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) demi memutuskan rantaian wabak ini.

Malah, masing-masing mempunyai cara mereka sendiri untuk melindungi diri daripada mendapat jangkitan wabak berbahaya itu.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini menunjukkan seorang aunty menjaga kebersihan disekelilingnya dengan membasuh wang ringgit mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kongsi perangai aunty ini suka basuh duit

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki ketika itu sedang berada di salah sebuah kedai runcit untuk membeli barang.

Dia hanya menunggu di atas motornya untuk membeli barang dan sampai seorang wanita Cina memberikan kepadanya.

Dia kemudian memberikan duit kepada aunty itu dan menerima pulangan baki wang. Lelaki berkenaan sebelum itu memberitahu di dalam video bahawa aunty tersebut pasti akan membasuh duit itu terlebih dulu.

Ternyata ia betul dan kelihatan aunty itu terus membasuh duit di paip tepi kedainya sebelum menggunakannya kembali.

Image via @afizutara (TikTok)

Image via @afizutara (TikTok)

"Baguslah dia tahu betapa seriusnya untuk dia memutuskan rantaian" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenai video tersebut. Malah, ramai yang memuji tindakan aunty itu kerana betul-betul menjaga keselamatan diri.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 486.5K views, 24.2K likes dan 832 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @afizutara (TikTok)

Image via @afizutara (TikTok)

Image via @afizutara (TikTok)

Image via @afizutara (TikTok)

Image via @afizutara (TikTok)

Bagus aunty, keselamatan diri perlu diutamakan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment