Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Ingat Dah Cukup Gangster" - Member Terbaca Ayat Kursi Akibat Takut Dicucuk Jarum

Aduh, sakit la perut gelak!

Cover image via @WahyuYordan (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti kita sudah terbiasa dengan jarum suntikan sejak kecil lagi bukan?

Memang dari kecil lagi, kita menerima pelbagai vaksin yang disuntik oleh jururawat di hospital. Tidak dinafikan, sesetengah orang mempunyai keberanian untuk dicucuk kerana pada mereka ia tidak begitu sakit.

Namun begitu, terdapat juga sesetengah orang yang takutkan suntikan. Perkara itu telah menjadi kebiasaan. Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter yang memaparkan seorang lelaki yang takut semasa menerima suntikan daripada doktor mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baca ayat Kursi sebab takut sangat dengan suntikan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @WahyuYordan di laman Twitternya, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai rakannya sedang menunggu giliran untuk disuntik vaksin.

Dengan videonya yang berkapsyen "biar takut jarum jangan takut vaksin" itu telah mendapat perhatian orang ramai.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila rakannya itu kelihatan sangat takut semasa disuntik, malah lelaki itu memerlukan rakannya yang lain untuk menahan badannya.

Bukan setakat itu, lelaki tersebut juga terbaca ayat Kursi akibat cemas dan takut menerima suntikan daripada doktor.

Image via @WahyuYordan (Twitter)

Image via @WahyuYordan (Twitter)

Image via @WahyuYordan (Twitter)

"Pakai je subang dan acah gangster, sekali keluar ayat Kursi, anti Israel betul ni" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan lelaki yang takutkan jarum itu. Malah, ramai yang kagum melihatnya membaca ayat Kursi walaupun berpakaian seperti gangster. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 299K views, 4K retweets, 1K quote tweets dan 4K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: 

Apa-apa pun, tahniah bang sebab dah selamat dicucuk vaksin! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment