Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Ia Sukar" - Bomoh Rusia Ini Akui Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat

Takutnya!

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajiban kita untuk mendirikan solat kerana ia merupakan tiang agama

Ada sebab kenapa Allah SWT menyuruh kita untuk solat lima waktu. Antaranya untuk mengelakkan daripada anasir jahat. Insya-Allah dengan mendirikan solat, ia mampu melindungi diri kita dari perkara yang jahat.

Namun, tular satu video mengenai seorang bomoh yang diwawancara dalam bahasa Rusia membincangkan pekerjaan wanita itu dan menjawab beberapa soalan mengenai dunia sihir telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Beritahu orang Islam yang jaga solat susah disihir berbanding yang lain

Menerusi video yang dimuat naik oleh @CahayaSakinah_ di Twitter, kelihatan bomoh wanita itu ditanya “Adakah lebih sukar untuk mempengaruhi seseorang jika hatinya bersih?” Wanita terbabit menjawab, “Ya, tentu sahaja.”

Kata wanita itu, sangat sukar untuk mempengaruhi orang Islam kerana selalu berhubung dengan entiti yang tidak kelihatan. Orang Islam juga perlu beribadah setiap hari, maka mereka akan sentiasa berada dalam perlindungan.

"Ketika diserang dengan sihir, orang Muslim ini akan menghadap ‘pengawas’ mereka dalam doa, doa mereka bukan selingan, seperti yang dilakukan orang kristian yang hanya datang ke gereja ketika hidup mereka sempit."

"Muslim memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan pelindung mereka dan pelindung ini sangat protektif. Jadi menyerang Muslim yang taat pada agamanya sangat sulit dilakukan,” katanya.

Image via @CahayaSakinah_ (Twitter)

"Betul, pendinding paling utama dan basic sebenarnya amalan-amalan harian kita" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenainya. Malah, ada juga yang berkongsi pandangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 694K views, 22.8K retweets dan 33.9K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Takutnya dengar dia cerita, semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment