Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Guna Alasan KJ Letak Jawatan, Petugas Ini Dikecam Ramai Tak Bagi Rakam Masa Suntik

Aik, macam tu pula!

Cover image via @winraffm (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pengambilan vaksin dilihat kini semakin mendapat sambutan dari ramai orang

Difahamkan kemasukan kes positif ke dalam ICU juga semakin berkurangan. Hal ini sedikit sebanyak dapat menujukkan keberkesanan selepas divaksin.

Ramai yang berkongsi perjalanan dan video suntikan di media sosial mereka untuk dijadikan sebagai kenangan pada masa akan datang.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila seorang petugas kesihatan dikecam ramai kerana melarang seorang pemuda untuk merakam telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru nak rakam video masa suntik sekali dihalang seorang pegawai kesihatan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda ketika itu sedang bersiap sedia untuk mengambil suntikan vaksin dan telah mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam momen itu.

Dia juga dilayan baik oleh jururawat yang mahu menyuntiknya sebelum itu dan turut membenarkan dirinya untuk dirakam

Namun semasa dia mahu merakam proses tersebut, datang seorang pegawai kesihatan secara tiba-tiba yang memberitahunya untuk tidak merakam.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah pegawai itu memberikan alasan bahawa Khairy Jamaluddin tidak lagi menyandang jawatan tersebut dan memberitahu prosedur KKM kepadanya. Perkara itu membuatkan pemuda itu terkejut dan terpaksa menghentikan rakaman tersebut.

Image via @winraffm (Twitter)

Image via @winraffm (Twitter)

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin turut memberi respon pantas terhadap isu berkenaan di laman Twitter beliau

"Eh geramnya aku dia cakap macam tu weh" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka kepada pegawai tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi nasib sama di tempat mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 551.3K views, 9,146 retweets dan 11.6K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Aduhai, dia dah excited nak rakam tunjuk dekat family, tiba-tiba jadi pula macam ni :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment