Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Dah Macam Hotel" - Penduduk Kongsi Dekorasi Setiap Tingkat Di PPR Sungai Bonus

Terus rasa macam masuk hotel.

Cover image via @housetourmalaysia (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi mereka yang tinggal di rumah seperti flat, kondo atau apartment, sememangnya memikul tanggungjawab untuk menjaga kebersihan di kawasan perumahan

Dengan adanya keharmonian antara penduduk, boleh menghasilkan persekitaran yang bersih dan aman damai.

Itulah yang diterapkan oleh penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Kuala Lumpur selepas tular video dekorasi menarik yang dihasilkan mereka.

Image via @housetourmalaysia (TikTok)

Penduduk ambil inisiatif bekerjasama untuk cantikkan lobi lif

Menerusi video di akaun TikTok @housetourmalaysia, kelihatan seorang wanita telah menemu ramah seorang penduduk di situ.

Menurut penduduk di situ, setiap tingkat perumahan tersebut telah dihiasi mengikut tema yang berbeza. Antara tema yang menarik adalah di tingkat enam, tujuh dan sembilan.

Malah, dia juga menunjukkan salah satu tingkat dihiasi dengan pelbagai lukisan yang digantung di dinding tak ubah seperti sedang berada di galeri seni.

Selain daripada itu, ada juga tingkat yang dihiasi penduduk seolah-olah seperti berada ruang tamu rumah termasuk lampu chandelier.

Difahamkan, kos dekorasi ini telah dibincang lebih awal untuk mendapatkan persetujuan bersama. Penduduk juga sama-sama berkongsi duit untuk menghasilkan dekorasi mengikut kreativiti mereka.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment