Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Bukan Biasa-Biasa" - Lelaki Ini Ambil Upah Servis Betulkan Span Helmet. Rare!

Jimat duit kan.

Cover image via Kepala Berputar (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda seorang penunggang motosikal pastinya topi keledar adalah benda paling penting untuk keselamatan anda

Disebabkan itu, topi keledar perlu dijaga dengan baik demi keselesaan kita semasa menunggang motosikal di jalan raya.

Malangnya, masih ramai yang tidak mengambil endah tentang penjagaan topi keledar mereka. Malah, kadang kala hanya sekadar memakai kerana ia satu kewajipan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di laman Facebook baru-baru ini apabila servis yang ditawarkan oleh seorang lelaki ini mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lain daripada yang lain, ambil upah tukar span helmet

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menunjukkan perkhidmatan penjagaan topi keledar dengan menukar span.

Difahamkan harga caj yang dikenakan adalah mengikut jenis ketebalan span topi keledar itu sendiri. Jika span nipis harganya dalam lingkungan RM12, manakala span tebal pula harga dalam lingkungan RM15 saja. Kedai ini dikatakan beroperasi di depan pasar pagi Kulim, Kedah.

Jika dilihat dalam video berkenaan, cara lelaki itu memasang span ke dalam topi keledar sememangnya kelihatan sangat handal. Kerja yang dilakukan juga amat pantas.

Image via Kepala Berputar (Facebook)

Image via Kepala Berputar (Facebook)

"Lepas ni tak payah beli helmet baru dah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum melihat servis yang ditawarkan oleh lelaki tersebut kerana ia jarang sekali dilihat.

Malah, ada yang menganggap ia dapat menjimatkan duit mereka daripada membeli helmet yang baru. Ada juga mendoakan agar dia dimurahkan rezeki sentiasa atas servis yang dilakukan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 50K likes, 3.1K comments dan 12K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Image via Kepala Berputar (Facebook)

Image via Kepala Berputar (Facebook)

Image via Kepala Berputar (Facebook)

Image via Kepala Berputar (Facebook)

Image via Kepala Berputar (Facebook)

Susah nak tengok orang buat servis macam ni. Terbaiklah :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment