Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Budak Lelaki Tersekat Celah Peti Ais Di Rumah Orang Ini Bikin Dekah Ramai

Kesian pula tengok dia tersekat dekat peti ais.

Cover image via @muhammadfahim4946 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah semestinya ketika Hari Raya Aidilfitri kita akan berjalan sakan ke rumah saudara-mara atau rumah kawan ahli keluarga kita bukan?

Boleh dikatakan tidak lengkap hari lebaran kalau kita tidak beraya di rumah orang kita kenal. Kadang-kadang sampai 10 rumah kita akan pergi beraya. 

Namun, lain pula yang jadi apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan gelagat seorang budak lelaki ketika beraya telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tersekat di celah peti ais ketika beraya di rumah orang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @muhammadfahim4946 di TikTok, kelihatan kepala seorang budak lelaki telah tersepit di celah peti ais dapur rumah orang ketika ahli keluarganya sedang beraya. 

Dalam video itu, budak lelaki tersebut dilihat menangis teresak-esak kerana tidak berjaya mengeluarkan kepalanya. 

Kemudian, ibunya telah datang dan mencuba menarik untuk mengeluarkannya dengan bantuan seorang wanita dan akhirnya mereka berjaya.  

Image via @muhammadfahim4946 (TikTok)

"Confirm jadi bualan tiap kali raya dik, 'dulu kat peti sejuk tu la kepala kau tersangkut' haha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.5M views, 70.2K likes dan 1,199 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa budak lelaki ini. Ada juga yang juga berkongsi pengalaman mereka dan ahli keluarga yang bertemu nasib yang sama.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @muhammadfahim4946 (TikTok)

Image via @muhammadfahim4946 (TikTok)

Image via @muhammadfahim4946 (TikTok)

Image via @muhammadfahim4946 (TikTok)

Image via @muhammadfahim4946 (TikTok)

Image via @muhammadfahim4946 (TikTok)

Image via @muhammadfahim4946 (TikTok)

Kenapa lah sampai tersekat dekat celah tu dik? Adik okay tak tu?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment